Bonjour!
Kepala tengah ligat, walaupun badan letih hari ni.
Manuscripts, publication, next project, proposal, analysis- penuh dalam kepala. Tadi bincang dengan kawan untuk bahagian analisis. Ok, untuk projek saya ni, ada dua bahagian penting.
Eksperimen bahagian 1: 95% dah siap
Analisis: 60%
Discussion: 10%
Eksperimen bahagian 2: 15%
Analisis: 7%
Weh, macam banyak lagi je kan projek ni?? Korang pernah dengar JMP atau Design Expert? Untuk orang yang nak analisis data dengan ciri-ciri statistik, ni antara rencah yang perlu kunyah sebelum dapat keluarkan dapatan yang cantik.
Selama ni saya buat graf ke apa semua pakai Excel je, lepas tu minggu lepas advisor kata, nanti cari optimal point. Saya dalam kepala, aaa, ok aku punya tu kan Full Factorial Design, kira boleh la cari point tu, cuma macam mana nak cari?? Gulp! Rasanya seminggu dua ni memang akan bergelumang dengan software statistik ni.
Setakat ni yang saya faham, JMP ada kekurangan berbanding Design Expert, kalau DE ni, kita boleh generate an equation berdasarkan dapatan eksperimen kita, dan JMP kena masukkan nilai sendiri. DE trial version ada 45 hari. Saya rasa insha Allah sempat la tu untuk siapkan analisis Bahagian 1, dan dapatkan experimental design sebagai persediaan sebelum masuk Bahagian 2.
PhD ni bukan sahaja melelahkan di bahagian eksperimen. Tapi juga bahagian analisis.. Apapun, mantap atau tidak sebuah penyelidikan PhD itu terletak sejauh mana kita berjaya menerangkan konsep saintifik, menghubung kait teori dengan hasil eksperimen ke dalam tesis dan journal paper. Allah Allah.. mak jemah ada simptom semput pulak bila menulis pasal ni. Huhu. Hampir 85% apa yang ada dalam bidang PhD saya sekarang ni benda baru berbanding bidang saya terdahulu. Tempoh pengajian di Amerika ni pula berbaki sekitar 9 bulan. Semoga ada hasil yang cun!
PS. Ada pelajar universiti saya ni cerita yang diri dia cuma guna 3 bulan untuk siapkan projek PhD. Went all-out katanya.

No comments:
Post a Comment