Thursday, March 27, 2014

Gerak dahulu

Bonjour!

Minggu ni saya agak sibuk, hehe, lebih bermanfaat la senang cakap.. Macam Yanie dan Essy, mereka berdua dah jauh kedepan, saya projek pertama pun belum bergerak. Tapi tak apa lah, hahaha, heroin memang keluar akhir sekali. :p

Hari Isnin lepas ada meeting dengan kedua2 penyelia. Inputnya tak seberapa, tapi cukup memberi pengajaran tersendiri. Bak kata penyelia utama, "Being offensive is better than being defensive". Balik rumah, tak buat apa lagi, sampai la esok paginya.. Duduk rumah tidur. Tidur untuk meredakan tekanan dalaman dan pungpang2 yang semalam. Lepas tu bangun pergi pejabat, terus 'bergerak' sampailah harini dalam momentum yang baik. Alhamdulillah. Kadang-kadang tu entahlah, baca benda yang sama, tapi bila baca lagi di lain masa, baru la dapat idea macam gitu, macam gini. 

Satu benda yang saya belajar dari jalan PhD ni, tak semua benda yang kita rancang akan berjalan seadanya, kejutan-kejutan tu sentiasa ada dari pelbagai sudut. Satu contoh yang saya boleh bawa, walaupun pada awalnya sebahagian daripada analisis saya dirancang untuk buat di pusat penyelidikan industri, sekarang ni dah tak macam tu..Gulp! Part analisis ni penting okayy, kalau tak jalankan analisis untuk set eksperimen kita, apa dapatan kajian nak ditulis? Dengan mengambil semangat Malaysia boleh, ahaks, saya mengambil pendekatan untuk buat semua analisis dekat campus sendiri. Lebih senang, lebih dekat, dan saya nak jadi bos projek ni! I will take charge on whatever I decide to do.

Ini lah kata-kata hikmat masa tingkatan 2, sekaligus menjadikan penulis antara pelajar glamour. hehe


PS: Kental je nak mengharungi Spring bersalji. Sini rumput pun nampak tak nampak, dan masih kejung. Oh my Canada! 



2 comments:

  1. Mantapnye "heroin keluar last skali" haha. That statement just made my day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala yanie nieee.. bagi la chance kat kite! haha. doraki satu! @_@

      Delete