Wednesday, January 1, 2014

Skiing

Bonjour!

28 Disember yang lepas saya dan kawan-kawan ke Trois Rivieres, untuk merasai pengalaman berski di Valley du Parc. Memang 'best'.. sampai tidur pun saya dapat rasa kaki saya ni terapung2 atas ski board tu.. Kasut dia punya laa berat! Skippo tu saya pakai dua kali je turun kot, lepas tu tak pakai dah. Saya imbang badan cuma pakai tangan. Hehe. Nak slide ke bawah memang seronok, tapi bila nak bergerak atas permukaan datar, atau ada cerun sikit, dah macam penguin jadian. Kaki cuba berjalan, tapi tak ada jarak pun saya buat. Macam.. kayuh setempat tapi dekat situu juga lokasinya.

Lepas tu kami pergi main tubing. Oh yang ni memang teramat la seronok. Maklumlah, takda tenaga apa pun pakai, cuma tenaga bersorak-sorak keriangan je yang dikeluarkan. Duduk atas tayar dan meluncur laju turun bukit yang tinggi. Wohooo! Orang lain main senyap je, saya je main bising. Haha, saja meriahkan keadaan. Ada juga ambil video, tengok semula rasa macam kanak-kanak ribena mana la sesat ni.

Sehari dua selepas aktiviti, merasa la sakit-sakit otot semua. Langsung tak ada stretching. Hadeh. Terkejut urat dibuatnya.

PS: Kenapa masuk je waktu winter jadi homesick?!

No comments:

Post a Comment