Jumaat :: 28 March 2014 :: 1139 hrs
Hi semua,
Harini hari yang sangat slow untuk I. I dah sampai awal dgn niat nak masuk lab dan bermain2 dengan kaca2 kesayangan I. Tapi sampai je perot bunyi2, terus p breakfast dulu. And sampai sekarang ngantuk. Post-breakfast-effect katanya. Hihi.
Duk ding dong ding dong dari tadi sampai la sekarang, lab xmasuk2. Konon nya nk siap kan report utk bg sv pon satu ayat xjalan (sebab otak xleh menjana idea) then dpt la idea nk melawat blog ni yg telah sekian lama i tinggalkan :P
Even i dah masuk fasa-fasa akhir PhD, tapi rasa malas tu masih ada. Dan semangat tu kadang2 makin pudar. Hurmm..
Anyway arini i nak share tips sket lah berdasarkan pengalaman i buat PhD even though perjalanan i masih terasa jauh, nk la share sket2 apa yg i tahu.
First buat PhD ni xperlu pon kita pandai. Yang penting kita rajin. Ramai je kawan2 i yg start dengan projek with 0 knowledge and boleh survive. Cuma jln nak mula tu susah and lambat la sikit. Macam i dulu after assessment, i dinasihatkan masuk kelas utk memantapkan background knowledge i yg sipi2 ni and utk persediaan viva kot2 ditanya benda2 basic. Hehe. Tapi xpe, kita redah je. Kalau u dtg dgn knowledge mmg bonus :)
Then everything is trial and error. Jangan takot sampel x jadi lah, results x elok lah. Redah kan aje. Dulu i takot2 sampai nk ty orang pon segan sbb rs diri kurang pandai, membuatkan progress i agak slow lah mula2 tu. PhD is time to learn buat experiment esp yg taught-course based mcm i. Teringat lagi i terkial2 nk pegang pipette xtahu sampai kena org ajar. Hehe. Nnt lama2 practice pandai lah kita. And banyak kan baca jurnal ke buku ke. Klo xphm pon xpe. Mungkin kali ke-10 baca br kita nampak point dlm paper tu. (Ni utk i lah yg saraf2 baca terputus sikit lepas teran bersalin kan.. keh3). Klo uols, 2x baca dh paham agknya.
Klo dapat supervisa yg bz memanjang, xda masa utk u, xpe. Kita buat je keje. Nnt ada meeting yg sebulan sekali, 2bulan sekali dpt jumpa dia, cuba amik peluang sembang pasal projek. Xreti sembang? Malu english mcm ke laut masuk ke pulau? Xpe.. Option seterusnya ialah buat report and hantar kt sv utk dia baca. At least nampak la hasil keje tu.
Pastu klo dpt tuan supervisa garang, terima lah dgn hati terbuka. Lantak deme la nk kata pe. Jgn sentap2 dgn dia selalu. Anggaplah kegarangan beliau utk menyedarkan kita. Believe me, every sv knows his student well even kita rasa dia ni mcm ingat2 lupa je kewujudan kita kan. Ngeh3.
Lastly selalu lah menulis. Baca apa2 sikit, tulis. Dpt results sikit, tulis and buat discussion. Mcm i ni kesedaran menulis ni lambat dtg. Dulu asik duk buat lab and ulang2 bnda yg xjadi which is sgt buang masa. Dh last2 ni br la nk start menulis and baru lah nampak storyline PhD kita ni.
Papepon it's never too late to start anything sampailah hari penyerahan tesis. Kdg2 PhD ni memang kita diduga dgn mcm2 perkara. Mcm i dh tahun 3 br company anta samples. Dah kamkabot dibuat nk run sume samples and analisis. Tp i still bersyukur. Sbb klo dia x anta, maybe tesis i literature review py chapter je la yg ada kot. Horror gila klo jd cmtu kan???
Ada sorang kawan i pesan, masa PhD ni lah Allah nk uji kita dengan niat kita dtg belajar. Betul ke kerana Allah. Apa yg kita takot, itu lah yg kita akan diuji dan terus diuji sehingga lah betul niat kita tu. Wallahua'lam. Nanti dh keje, real life problems will occur and hopefully dgn Perjalanan Hadapi Dugaan ni menjadikan kita insan yang lebih matang.
Setakat ni lah perkongsian i. Rasa dh lama sangat rest kt depan comp ni. Maybe patut gerak2 kan pinggul ke makmal. Good luck everyone. Doakan lah kami di sini supaya sentiasa cekal and dapat bawa balik PhD dengan cemerlang dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Curlass statement! haha.
Seronoknya klo dpt tdo bbungkus cm kucing2 ni di kala cold spring skang. huuuu
Bye.