Bonjour!
Mungkin sejuk sangat dua minggu lepas, saya pun tumbang dibuatnya. Mula Jumaat lepas, saya duduk pejabat cuma 2 jam, itu pun tak buat kerja, pergi Holiday Lunch anjuran persatuan pelajar. Badan dah lain macam je dibuatnya. Huhu.
Dan sampai je rumah, mula lah rasa macam-macam. Sakit kepala, selsema, sakit tekak, semua ada. Badan dah panas takbolehblah. Nak buka tingkap, tingkap pun dah beku sebab luar sejuk sangat! Tapi aku pula yang panas dalam rumah. Tidur buka je kipas, bantal tinggikan sikit. Seingat saya, tahun lepas saya demam juga bulan Disember. Badan terkejut agaknya. Masak bubur sendiri, buat air pun sendiri. Memang sedih betul la.. Huhu.. Selsema sampai dua kotak tisu habis. Hidung sampai perit (taktau istilah yang sesuai apa). Tekak pun ketat semacam je.
Alhamdulillah, harini, hari Rabu, dah boleh datang pejabat semula macam biasa. Isnin haritu datang, tapi tak lama pun. Tak larat. Batuk je la sekarang yang masih berbaki. Selsema dah kurang, tapi sebab winter dah mari, tiap kali hembus hidung, keluar dengan darah sekali. Tu la,nak macam mana, dah memang Melayu, makan nak pedas, tapi bila makan pedas waktu winter, memang macam tu la jadinya, hidung berdarah.
Esok nak gerak ke US, insha Allah. Ada family US jemput hadir majlis walimah anak mereka. Harap boleh la tolong sikit-sikit.. Tolong masak tu memang tak laaa, keluarga ni standard chef bertauliah okay.. Tolong potong sayur, bawang tu boleh la.. :)
PS: Nak bagitau ke tak supervisor yang nak p berjalan ni? Adeh, tak payah la. Janji laptop bawa travel.