Thursday, November 21, 2013

Falsafah Jagung

Bonjour!
Kelmarin saya tonton satu talk show di YouTube, tentang betapa kita perlu menjaga kebajikan ibu bapa kita, bertanya keperluan mereka dll.
Di hujung rancangan berkenaan, seorang tetamu memberitahu bahawa beliau sungguh menghargai momen bersama ayahnya kerana semua momen itu ada pengajarannya.
Satu hari katanya,
Beliau bertanya, "Kenapa biji jagung ini dikambus dengan tanah?"
Si ayah membalas, "kalau tidak dikambus, burung yang akan makan.."
"Kenapa kambus dengan tanah yang berat?"
"Walaupun berat, biji benih yang baik akan tumbuh naik dan bertunas."
"Kenapa dibaja dengan benda yang busuk?"
"Itulah yang akan memupuk pokok jagung ini."
Begitulah dalam hidup ini, bila kita bersabar dengan perkara yang memberatkan kita, akhirnya kita akan dapat atasi perkara itu lambat laun.. dan baja yang berbau itu seperti 'kawan yang busuk hati dan musuh',  biarpun mereka membuatkan hidup kita tidak senang duduk, tetapi dengan wujudnya golongan sebegini, kita lebih matang, 'berisi' dengan pengalaman hidup dan lebih berjaya jika kita menyerap baja2 ini dengan caranya.
Hidup beliau penuh dengan falsafah hidup, dan satu daripadanya adalah cerita di atas, yang saya namakan sebagai Falsafah Jagung..

2 comments:

  1. Btol tu j.azri. Bak kata Shuib Sepahtu "Peninggg ahhh dpt kwn cmni!!!'. Haha. I pon tengah cuba nk ignore parasit2 x berfaedah dlm idop i ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu essy.. kalau semua benda nak diambil kira, penuh la kepala ni dengan benda2 serabut tak bertempat! huhu

      Delete