Saturday, November 30, 2013

3 Most Scenic Place in Japan #Part 2 (Miyajima, Hiroshima)

Morgen, saje amek mood Swiss cket..hehe. Akhirnye sempat jgk nk update blog walaupun tgh bizi dgn experiment. Harap2 ni la experiment terakhir (kalau dapat result bgos..sob3). Kali ni Yanie nak cite trip Yanie ke Hiroshima mase spring hari tu. Hurm patot Yanie cite pasl Hiroshima dulu baru Amanohashidate kan?haha.

Anyway sape yang xpenah dengar tempat name Hiroshima kn. Kalau ade yang xpenah dengar, maybe korg kena baca balik buku sejarah tanah melayu k. Hiroshima ni terkenal dengan Atomic Bomb domb, iaitu tempat yang kena bomb dengan askar omputih masa Jepun dok kat tanah melayu masa world war dulu. Org2 Jepun kat kawasan ni terutamanya akanjadi lebih emosional (meratap,menangis,meraung dalam musuem..isk3) kalau melawat bomb domb ni, akibat ramai jugak yang mati mase WW2 ni. So ramai la yang xsanggop nk tmn Yanie pegi. tapi sbb ni tmpt penting dalam sejarah negara kami pergi jgk untuk melihat tempat kejayaan negara kite (kata kawan Yanie..haha siot). Sebab kami pegi melawat lepas balik conference, beginilah scene sunset yang paling lawa Yanie bole capture.




Actually ni la bgnn asal yang kena bomb tp sbb nak nmpk lg real diorg renovate balik rangka domb tu supaya nampak lg cun. Bomb Domb ni terletak kt tgh bandar dalam 5-6 stesen je. Tram kat sini plak mmg murah 400yen untu one-day pass. mmg benri (convenient) la. Tapi main highlight kat Hisohima ni adalah Miyajima (The door gate to heaven). Kami naik tram sbb nk murah ade la dlm 40min dlm tram dan bertukar plak ke feri (ha tiket feri include skali dlm day pass so xya beli tiket lagi).

Tapi sikit malang masa time kami dtg tu kebetulan hujan dan air plak surut, so xdapat la merakamkan scene yang menarik kt miyajima ni. Kat miyajima ni jgk byk friendly deer yang suke berkasih sayang dengan visitor. So beware of deer shit..hehe.



And finally, ni favourite Yanie "Yakigaki" (Grill Oyster). Memang makanan popular kt Miyajima mesti cube kalau dtg sini letak plak "ponzu" (perahan air lemon..fuhh) mmg sedap. Selain dari tu, Hiroshima jgk popular dgn okonomiyaki, bole request supaya jgn letak daging. tp yanie xtry sbb kami tggal di Miyajima..hehe.

Tuesday, November 26, 2013

He's an expert?

Bonjour!

I never knew before he is a truly expert of this area of research. Or, I claimed I did but not knowing him very well? Zzzz.

And how did I finally realize this? Happened when I tried to search for the methodology I'm gonna have in my PhD proposal. How come I never knew he has about 100 publications and perhaps more? Feels like syok-sendiri di dalam dunia kupu2ku.

Ever since I was a kid, nobody told me that I'm a slow learner. For some reasons, however, I sometimes feel myself so! Yes, simply slow like a snail.

Tak apa lah, bagus la dah tahu. Then I reckon it's not possible, insha Allah, to achieve my own target in publication during my PhD. Adviser and co-adviser-  both of them have their own reputation, and I believe there is no harm to take advantage on this. Indeed, memang ni la kerja dalam akademik. Membaca, menulis, menulis dan menulis. Menyelit dalam renowned names tu rezeki so that cepat sikit get accepted and published!

PS: Tomorrow we'll get snow for about one-half day based on weather forecast (tetiba macam homesick. sindrom winter. huaaa)


Monday, November 25, 2013

A little bit about Amsterdam

Assalamualaikum,

Harini I nak share info sket salah satu tempat yg I dah penah melawat sepanjang I duk sini, Amsterdam, Netherlands.

I pegi ni masa early of September. Summer dah mula menyusur pergi and autumn dh say hai2.
Agak sejuk lah time ni. Unexpected btol. And cuaca asik hujan. So not recommended pegi masa bulan ni. Tapi alhamdulillah, even cmtu boleh juga melawat ke tempat org and melihat keindahan ciptaanNya.
Amsterdam ni selalunya org pegi bulan Mac - May (ikut cuaca). Sbb masa ni bunga tulip tengah mengembang. Sape2 yg minat bunga mmg best lah dtg watu ni boleh amik gambo ala2 hindustan gitu.. hehe. Tapi klo dh dtg bln 9 ni, kita focus lah kt attraction lain that is windmill! :D

Masa kt Amsterdam, ktorg sewa hostel mmg btol2 in the city. Hostel tu btol2 mengadap canal belt. Tapi sayangnya hostel dia ni boleh tahan lah x terurusnya. Dh la xda wifi. Parking kete mahal pulak tu. Rsnya next time klo nk dtg, maybe ktorg kn tdo kt Rotterdam sbb hotelnya lebih proper and wayyy cheaperrr! (One of important tips klo nk dtg sini). Tapi org2 Amsterdam MasyaAllah peramah betol. Sangat baik and very helpful. And dorg kt sini kebanyakannya berbasikal sbb nk bayo parking mahal sungguh katanya. Ktorg sampai Amsterdam tu dh pukul 9 malam cmtu. Masa dh setel masuk hostel (sebijik mcm hostel asrama dgn katil double decker), ktorg p lah cari tmpt nk park kete. Klo nk park tmpt murah mmg jauh. Yg terdekat dgn hotel agk mhl kena byr xingt brp and kita kn byr parking sampai kul 12am. Dr 12-6am br parking free. Bygkan lah! xpnh p mana2 kn byr parking sampai kul 12 mlm. Selalunya after 6/7pm kt London ni parking dh free dh.
So esoknya kami pergi melawat satu perkampungan ni. Zaanse Schans namanya. Sangat2 cantik. Kampung ni kira kwsn yg preserved perumahan dulu2 and windmill. Meh I share gmbo yg ktorg amik. Bkn dari google ye. hehe.



Ni lah kawasan perkampungannya. Siap ada ladang biri2 lagi and itik berenang2 dekat sungai.

Sepatu yg femes kt sana.

And cheese museum. Sape penggemar cheese mesti suka sbb ada free tasting. hee

And inilah dia. Deretan windmill yg disebut2 orang.

Zaanse Schans ni kwsn luar bandar. Kalau kita drive kete dlm 30 min sampai. I rs ni mmg a place must go lah klo kita ke Netherlands ni.

Ok lah, I rs I stop dulu. Nanti I sambung lagi tmpt i melawat kt Amsterdam ni. Perkampungan nelayan yg I visit and of course the city!

Bye :)

Thursday, November 21, 2013

Falsafah Jagung

Bonjour!
Kelmarin saya tonton satu talk show di YouTube, tentang betapa kita perlu menjaga kebajikan ibu bapa kita, bertanya keperluan mereka dll.
Di hujung rancangan berkenaan, seorang tetamu memberitahu bahawa beliau sungguh menghargai momen bersama ayahnya kerana semua momen itu ada pengajarannya.
Satu hari katanya,
Beliau bertanya, "Kenapa biji jagung ini dikambus dengan tanah?"
Si ayah membalas, "kalau tidak dikambus, burung yang akan makan.."
"Kenapa kambus dengan tanah yang berat?"
"Walaupun berat, biji benih yang baik akan tumbuh naik dan bertunas."
"Kenapa dibaja dengan benda yang busuk?"
"Itulah yang akan memupuk pokok jagung ini."
Begitulah dalam hidup ini, bila kita bersabar dengan perkara yang memberatkan kita, akhirnya kita akan dapat atasi perkara itu lambat laun.. dan baja yang berbau itu seperti 'kawan yang busuk hati dan musuh',  biarpun mereka membuatkan hidup kita tidak senang duduk, tetapi dengan wujudnya golongan sebegini, kita lebih matang, 'berisi' dengan pengalaman hidup dan lebih berjaya jika kita menyerap baja2 ini dengan caranya.
Hidup beliau penuh dengan falsafah hidup, dan satu daripadanya adalah cerita di atas, yang saya namakan sebagai Falsafah Jagung..

Monday, November 18, 2013

Seminar presentation and Grant applications

Bonjour!

Penat gila la beberapa minggu lepas. Walaupun tidur tiap hari, bangun tiap hari, tapi rasa lembik sebaik sahaja selesai menghantar borang permohonan geran tengah malam Jumaat.

Apa yang saya buat sepanjang 2-3 minggu lamanya?

1- Seminar presentation

Saya bentang business plan; tajuknya "Promoting Visit  Malaysia Year 2014 and Malaysian Cuisine in Canada". I requested for supporting materials from Tourism Malaysia Canada and they responded to me by sending 2 full boxes of materials. Dapat la flags, notepads, pens, buttons, brochures, postcards, etc. Banyak yang amat. Terima kasih Tourism Malaysia for your fully support! Padahal present tu dalam 5 minit je! Sekarang people know me as "Malaysian lady". Haha. Overall, the presentation went well.

2- Grant applications

Saya ada mohon untuk dua geran, satu dari DKG dan satu lagi dari Schlumberger Faculty for the Future. Dua-dua dah selesai. Ceritanya bermula bila kepala ligat mencari idea untuk dapatkan travel grant tahun depan.. Malaslah nak pergi conference pakai duit sendiri. Kita buat kerja dah la tak senang, kalau boleh nak jalan tu biarlah bertaja. Hehe. Disebabkan tak pernah mohon geran, bertungkus lumus juga lah untuk kumpul maklumat itu ini. Karangan beribu-ribu perkataan panjangnya. Dan yang menjadi mangsa tu adalah my PhD proposal..

Doakan ya hamba dapat kedua-dua geran tersebut.. mudah-mudahan ada rezeki kali ni.. Amiin..

Pagi ni dapat emel dari SV for a quick meeting. Saya pun jumpa, lepas bincang tentang geran tu, beliau tanya progress untuk research. Gulp!

"Make him happy"

Siapa watak him tu dalam jalan cerita ni?
Saya punya co-sv.

Ya, bila kita satu2nya pelajar yang dijaga dari universiti ni, maka seluruh 'perhatian dan kasih sayang' beliau tu tak perlu dipertikaikan lagi. Huhu. Siap sedia je la untuk digulaikan bila tak ada progress.

OK, saya dah abaikan beliau untuk beberapa minggu. Jadi saya setkan masa untuk hantar sesuatu by next week. Eh, entahlah..

Seramnya menuju Comprehensive Exams!

PS: I had a bad headache past weekend, plus my back pain is still there! Oh no..

Sunday, November 10, 2013

Kenangan ke school 😅

Hari Jumaat lepas, i excited sangat nk pegi school. Konon nk tunjuk waste glass i kat labmate. Hehe. Sekali terjaga lambat sbb mlm tu xboleh tdo teman anak i bermain2. Skrg ni jadual tdo dia xberapa btol sgt. Lepas magrib dh ngamuk2 ngantok. Kang tgh mlm tjaga main la sampai ke mengantok balik.  Skang ni i tgh usaha nk betolkan schedule dia balik.
So berbalik psl p school td, i ni dh kamkabut la bsiap. Pjalanan nk ke school dlm 40min and kn tukar 2 bus. Dh nak sampai je school, i pon tekan loceng. Skali tersedar "eh! Mana beg skolah aku ni???? Mesti ttggl kt bus lagi satu!! Tu lah xfokus naik bus p main candy crush saga sgt!!". I ni kamkabut lah. Trus call husband. Husband suh call TFL (transport for london) utk report kehilangan. In case ada org jumpa beg i and bg staff dorg, dorg akn simpan kan. I ni pon menyusur lalu di celah2 Royal Albert Hall sblm smpi ke school dgn sedihnya. Dah la dlm tu ada sample2 i yg i buat aritu. Klo hilang hbs lahhhh..
Sblm masuk ofis, i call lg suami i utk kongsi perasaan risau bercampur sedih klo sample2 i hilang. Skali husband i kata dh ada org call btau psl beg i. Ha?? Biar betul!! Excited gile. Pastu i pon ty husband i.
" dia call hp awk? Cmne dia tahu ek? Sy ada letak num phone ke kt dlm beg??"
Then husband i pon jwb,
"Aah. Dia call sy lah. Nk tahu sape call? Awk lah! Kah3. Lenkali cuai lg p letak beg tepi pintu pastu xbw!"
Haaaaaa!!! Adoi. Sabar je lah dgn diri sndiri. Ofismate i gelak gile dgr cite i.

Sekian.


Wednesday, November 6, 2013

Di kala keboringan :P

Hello,

Arini i macam mandom sikit. Mungkin sebab ngantok sgt dari kul 3.30 pagi bangun xtdo2 lg. Note: Skrg br pukul 1315, mcm dh lama sgt berjaga kekdahnya! hahahaha.

Harini hari ketiga work trip i dari London ke Sheffield. Masa perjalanan kalau naik train dalam 2 jam ke 2jam setengah. Patutnya i plan nk tdo je sini. Tapi sebab husband xdpt cuti, so i pon decide ulang-alik Lon-Shef supaya leh jaga anak mlmnya, dia pulak jg siang.

Hari2 train i pukul 0545 sebab nk kena sampai Shef pukul 0825. Sampai2 je kena jalan laju2 sbb jarak dr station ke Uni agk jauh dlm 25-30 min jln kaki (xnk amik cab sbb save duit grant. Bgs tak?? hahahaha). Then pukul 0900 dah kena start lab bersama2 staff dan technician. Harini ari ketiga i commute. Kaki boleh tahan lah dh rasa 'tough'. Huuuu. Tapi nasib kejap je kerja. Pukul 2/3 ptg dh habis and boleh la balik London meneruskan kerja2 as isteri and ibu mithalii.. Poyo sgt statement ok! hehe.

Oh ye, mesti korang tertanya2 knp awal sgt i bangun kan? Almaklum lah, umah i ni agk jauh dgn station. Nk kena naik bus and tube br boleh sampai train station. Bus pulak klo awal2 pg setiap 20 min  br lalu. So kita kena kejar ikut time bus. Klo terlepas bas, tpaksa la menapak ke tube station tu, boleh tahan jauh gak tu. Anggaran dr umah i nak ke train station hampir sejam kot dlm 42/45 min camtu. Sbb tu lah awal2 kena bgn and siap2.

So far, alhamdulillah apa yg i plan nk buat kt sini jadi. Esok and lusa maybe i xdtg dh sini sbb i dah prepare bhn sume mintak tlg postdoc and technician je utk truskan kerja yg sepatutnya on Friday. Lgpon kerja2 seterusnya ni mmg i xboleh buat pon sbb safety issue katanya. Nasib baik dorang ni sume baik hati, helpful and sangat peramah.

Cuma masa ari senin baru ni berlaku tragedi November ms I otw back. Tetiba ketapi stop. Lama sangat. Rupa2nya berlaku accident. 'A person has been hit by train' : announcement from train operator. Terkejut gila ktorg dengar. Tp bukan train ktorg yg langgar, train depan ktorg membuatkan jln ditutup skjp utk selesaikan pape yg ptt. Pastu dgr lah ada passenger2 yg membuat spekulasi knp kena langgar sume kan. Maybe suicidal kot. Sekali train delay sejam setengah. Pergh!! Stress gila. Kul 9 mlm br sampai umah. *sigh*

Ok lah. cukup untuk harini. Marilah kita bersemangat and happy buat keje :D

byeee!

Tuesday, November 5, 2013

3 Most Scenic Place in Japan #Part 1 (Amanohashidate, Kyoto)

Dalam kedinginan Autumn yang xbrape nk luruh, akhirnya dapat jgk Yanie melawat one of the most scenic place kat Japan. Name tempat ni Amanohashidate, die terletak kat North Kyoto. Setelah berbulan2 merancang dan gagal berkali2 disebabkan ribut taufan yg semakin xmenentu akhir-akhir ni. Finally, we are here. Actually ade 3 tmpt yg paling menarik dan indah (menurut kata org2 Jepun la) yang patut dilawati iaitu (Matsushima @Miyagi Prefecture, Miyajima @ Hiroshima Prefecture and Amanohashidate @ Kyoto Prefecture).

Disebabkan taufan jugaklah kami beramai-ramai ambik keputusan untuk visit kat kawasan North yg jauh sikit dari kawasan laluan taufan. Perjalanan dari Osaka mengambil masa 2jam 40min by train limited express (¥4500 one way tiket) tapi kalau nak percutian bajet boleh dapat one way ¥2500 ( perjalanan 4jam dan xde toilet dalam tren). Mane2 method pon bole yang penting sampai.

Kami sampai di Ryokan (japanese style hotel) lebih kurang pukul 3ptg. mmg ngam2 waktu check in. Disebabkan plan untuk dtg ke Amano ni secara bidan terjun dan tergesa-gesa kami terpaksa book hari bekerja (Jumaat) sbb weekend hotel full. Cmne pon begitu, bilik yang disediakan mmg luar biase besar (lagi besar dari rumah Yanie..sobs3), sbb ryokan ni biase untuk travelling dgn family so untuk bilik muat 5org harga sebilik ¥12000 mmg sgt2 berbaloi2. Yanie mmg rekemen Seikiro Ryokan ni untuk kawan2 yang rasa2 nk dtg melawat Amanohashidate. Ha nampak x gamba siap ade model skali..hehe.


Tapi.. tapi.. tapi untuk peringatan travel kat tempat2 mcm ni mmg mlm xde life langsung sebab mostly kedai tutop kol 5:30pm yang buka smpai kol 6:30pm pon ade la 2@ 3 kedai tu pon kalau jumpa cari. Jadi tipsnya, jgn lupe bawak bekal mknn 3 in 1, in case xjumpe kedai @ kebuluran di malam hari dan bawalah play card mcm UNO/old maid/etc untuk bermain bersama2 kawan2 @ family waktu malam. Kalau xnak main card game pon xpe, bole enjoy public onsen (kolam air panas) yang disediakan oleh Ryokan. Di bawah ni merupakan makanan popular yg terbaik dari laut dan bumi Amanohashidate.


                                                                      Black Bean pie

                                                        Raw seafood Tendon with Udon

Petang tu juga kami terus ke Amanohashidate @ bridge made by god tapi malangnye autumn kn malam awal so gambar gelap2 belaka. Esoknye kami pegi lagi sekali. Dari bas tukar ke basikal tukar ke chair lift akhirnya sampailah ke observation deck untuk Amanohashidate.

 

Ok budak 2 org yang mempamerkan buntut ke udara tu bukan org gila, ni mmg spesifik pose yang di panggil "Matanozoki", disebelah kanan tu gambar yang Yanie ambek masa buat Matanozoki. Bridge kelihatan seperti kanji no. 1. Dengar cerita kalau kite ambil dari observation deck opposite kepada Kasamatsu Park ni akan nampak seperti seekor naga. Picture bawah ni Yanie pinjam dari blog tourism Japan, nampak kot mcm dragon cket2..hehe.


Walaupun banyak lagi cerita pasal Amano yang Yanie tak mention seperti Narianji dan 5-tier Pagoda yang dibina beratus-ratus tahun dahulu ditanah yang dipanggil "the rise of blue Dragon" ini. Mungkin tempat ni di anggap keramat sebab scenery dan bangunan2 temple yang dibina oleh ancestor diorg kot.. Wallahualam.

                             
                                              Nariaji                                         Pagoda

P/S: Next time Yanie share pasal Miyajima and Atomic bomb dome plak k..chow