Thursday, October 17, 2013

Research Toolkit (Kemahiran Perpustakaan)

Bonjour!

Siang tadi minggu ke-3 saya hadiri satu bengkel anjuran perpustakaan universiti. Setiap minggu satu modul. Insha Allah minggu hadapan akan selesailah bengkel ini dengan berakhirnya Modul 4. Dah masuk Tahun 2 barulah ikut kursus ni, tak dapat bayang apa jadi kalau tak masuk langsung, dan rasa betapa ruginya la tak belajar dan guna semua resources yang ada ni sejak Tahun 1 dulu. Bak kata Yanie, no turning back. Jadi yang lepas tu biarlah lepas, hargai lah masa yang ada sekarang, dan cuba pastikan masa terjaga dengan sebaiknya selepas ini.

Selama ni pakai Mendeley, tapi memandangkan Mendeley ni tak berapa nak mantap lagi (walaupun mesra pengguna), saya bertukar arah kembali semula dengan EndNote, tapi kali ini dengan lebih sistematik. Dan yang menariknya tentang universiti saya ni, database dia memang tiptop! Cakap je nak paper apa, most likely will find ones. Dan zaman sekarang ni, buku pun orang dah jarang2 pinjam, semuanya elektronik (e-book). Nak hantar tesis pun online je, dah tak perlukan hard copy. Jimat la sikit. Hehe.

Jadi memang satu keperluan untuk mendapatkan skill yang betul, berkesan, dan pantas. Rasanya di Malaysia dulu pun ada kursus anjuran perpustakaan cuma tak ingat lah pernah ikut serta atau tak. Cuma kali ini saya rasa sungguh beruntung dapat lebih pendedahan tentang database dan sebagainya. Pernah dengar istilah Patent, Grey Literature? Boolean Operator? Hehe. Ok ni saya kongsikan sedikit apa yang saya dapat dari bengkel.







Alhamdulillah, semester ni makin teratur jadual kerja di pejabat. Pagi jam 9-10 pagi tu biasanya dah ada di pejabat, balik apt untuk solat, dan sambung lagi sampai 11-12 malam. Betul orang kata, kuantiti tu tak penting sangat berbanding kualiti, tapi apa nak buat, I feel like I have wasted my first year and so this is the time to back in gear. Mudah2an Allah permudahkan kami bertiga dan juga rakan2 PhD yang lain selesai dalam masa yang ditetapkan. Insha Allah, amiin..


PS: My tomorrow's meeting has been postponed.. and it won't happen until I submit my proposal draft as his reply was "Perfect, I will be waiting for your e-mail". Zasss!

3 comments:

  1. j.azri. Camne ko letak gambo ni? mmg kn guna google apps ke? ajo sket :D

    ReplyDelete
  2. jujurnya essy ni.. ada ikon untuk attach gambar masa kita tulis new post ni.. cuba la godeh2..

    ReplyDelete
  3. jujurnya essy ni.. ada ikon untuk attach gambar masa kita tulis new post ni.. cuba la godeh2..

    ReplyDelete