Bonjour!
Duduk di Canada ni satu pengalaman menarik apabila dikelilingi dengan ramai insan yang mahir pelbagai bahasa. Sewaktu perjalanan kembali ke Montreal, saya duduk di sebelah seorang bekas tentera Amerika yang menguasai 5 bahasa kalau tak silap.
Bila saya di sini, berjumpa dengan orang yang menguasai dengan begitu fasih dua bahasa itu sudah kemestian kerana bahasa rasmi di Quebec ini bahasa Perancis, ditambah dengan bahasa Inggeris, maka kemahiran mereka untuk 2 bahasa ini tak perlu dipertikaikan. Untuk terserempak dengan mereka yang menguasai 3 bahasa juga tidak pelik kerana ada di mana-mana memandangkan Canada ini negara yang menerima kemasukan imigran yang ramai dari pelbagai negara. Kemudian untuk mengenali mereka yang mahir lebih dari itu, 4-5 bahasa juga tidak sesukar mana kerana sudah terlalu banyak kewarganegaraan dari negara lain yang berhijrah ke sini, maka generasi bawahan mereka pun menguasai pelbagai bahasa.
Kagum sungguh pada golongan yang mampu menguasai bahasa antarabangsa yang bermacam-macam. Terfikir bila mereka belajar, dari mana mereka belajar, di mana mereka praktiskan dan lain-lain. Memandangkan saya juga dikelilingi rakan taulan dari pelbagai negara, saya ambil kesempatan yang tak seberapa belajar bahasa Mandarin, dan slang Mesir juga dengan harapan dapat belajar sedikit Spanish.
Semasa di USA, saya sempat belajar sedikit bahasa Turki dan Thailand. Bukan banyak mana pun, perbualan asas sahaja.. sebagai satu jalan bersilaturrahim dengan rakan-rakan sepengajian.
PS: PhD ini tidak seharusnya jadi jalan yang panjang untuk diselesaikan. :)