Friday, August 16, 2013

Cream Soda


Bonjour!

Saya bukan peminat air berkarbonat.

Tapi satu dua hari ni saya minum bergelas-gelas. Saya rindu beraya di kampung. Air cream soda di sini rasanya sama dengan air soda dalam botol kaca di kampung. Dan tadi botol sebesar 2L tu saya dah habiskan. Mulanya saya beli cuma untuk buat perasa tambahan air sirap bandung. Itu pun jarang-jarang saya tambahkan.


Canadian Crush Soda Cream

 PS: It's so sad to see what's happening now in Egypt.

Friday, August 2, 2013

Nyai

Bonjour!

Syawal yang bakal menjelma adalah Syawal ke-3 tanpa Nyai. 

Rindunya pada arwah Nyai.

Kalaulah zaman Nyai dulu sudah ada universiti, pasti Nyai salah seorang graduan terbaik di jurusan Ekonomi. 

Saya teringat betapa pemurahnya Nyai sepanjang hidupnya. Alhamdulillah, Nyai dikurniakan rezeki yang melimpah ruah walaupun bermula dari bawah. Famili kami tiada perniagaan sendiri, Nyai pun sewaktu hayatnya menoreh getah. Saya pernah bawa Nyai naik motor ke kebun getah, waktu itu saya masih di awal sekolah menengah. Sebaik sahaja memasuki jalan kebun, motor yang saya bawa tu terjatuh, dan Nyai pun terjatuh sama. Tapi Nyai tak marah pun, tenang saja. Lagipun saya pun tak berapa nak tinggi waktu tu, badan pun kecil, senang hilang kawalan.

Sewaktu zaman kanak-kanak tiba waktu nak kembali ke Skudai, mesti dapat duit syiling RM1 dari Nyai. Bila waktu raya pula, Nyai akan beri kami sampul raya berisi RM5. Banyaklah kan! Walaupun Nyai orang kampung, tapi kadar duit raya tu sejak saya kecil. Bila dah besar panjang ni pun, Nyai masih bagi lagi, tak kira lah anak berapa ratus cucu, cicit, piut.. semuanya dapat duit raya! Sungguh orang yang suka bersedekah memang tak putus rezekinya, dan tak akan pernah miskin orang yang selalu berkongsi kesenangannya.

Bila dapat anugerah yang lebih sikit, Nyai pun turut sama beri hadiah juga samada duit, atau barang. Rindunya pada Nyai. Saya rasa tak sempat pun berbakti sebagai cucu. Saya cuma mampu mendoakan semoga Allah ampunkan segala dosa Nyai dan tempatkan Nyai di dalam syurga yang abadi. Amiin ya Allah.

PS: I have one important upcoming event this Sunday afternoon. It's a competition, y'all!