Monday, July 29, 2013

Menyinsing lengan di 10 malam terakhir

Bonjour!

21 Ramadan.

Ini juga bermaksud seluruh dunia berada di 10 malam terakhir Ramadan. Hidup di luar negara hampir 2 tahun ni membuatkan saya lebih menghargai Ramadan. Cheewahh. Pengalaman Ramadan di Clemson agak berbeza dengan apa yang saya lalui di Montreal ini.

Memandangkan Canada ini lebih utara, maka waktu Subuhnya lebih awal berbanding di selatan USA. Untuk waktu Subuh terkini 21 Ramadan, 3.54 pagi. Berbuka 8.27 malam. Sederhana panjangnya. Saya lebih selesa di musim panas jauh lebih baik daripada musim sejuk. Siangnya panjang, tak perlu terkejar-kejar untuk selesaikan urusan di waktu siang, pendek kata lebih santai.

10 malam terakhir Ramadan ini adalah waktu kritikal untuk Ramadan. Kalau diizinkan Allah, saya mahu berjaga sepanjang malam-malam ini. Ada satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadr, yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan. Hai, kalau melepas satu malam ni, memang tersangatlah ruginya. Ada satu doa yang dianjurkan Rasulullah supaya kita membacanya.


Ini skrip doanya, pendek, tapi signifikan. Kenapa? Klik video di atas untuk penerangan lanjut. Ringkasnya, bukan sahaja doa tersebut untuk memohon keampunan, tapi juga untuk memohon kurniaan yang lebih besar dari Allah. 


Boleh juga kita sediakan skrip doa kita sendiri, supaya tak terlepas peluang berdoa untuk segala hajat dan keperluan kita.

Selamat meneruskan Ramadan!

PS: I will post another entry about the travel that I had recently, insha Allah.