Bonjour!
Sehari sebelum 28hb April saya bergerak ke Ottawa untuk mengundi sebagai pengundi pos. Memandangkan PRU 5 tahun sekali, maka haruslah saya mengambil peluang mengundi dari luar negara. Pengalamannya menarik, terasa musafirku ketika itu begitu berharga. Biasalah, undi ini khas untuk Gelang Patah, hot area! Cewahh. Cuma tak berapa ramai orang yang datang mengundi, tak seperti keadaan di London dan Australia yang pastinya.
Ottawa dari Montreal ini tidaklah begitu jauh, dalam 2.30jam perjalanan. Pertama kali naik bas ekspress di sini..kualiti bas ekspress di Malaysia jauh lebih baik secara umumnya, tapi untuk bas berhenti2, bas di Ottawa nampak lebih canggih, malah lebih canggih dari apa yang saya ada di Montreal.
 |
| No WIFI! *Sigh |
Bermalam di rumah adik2 juga satu pengalaman baru, selama duduk di luar ni tak pernah duduk dengan mereka yang muda begitu, terasa dah senior! lol.
Bulan lepas juga saya dapat tawaran untuk sertai HPS Annual Meeting di Madison, Wisconsin, USA. Alhamdulillah, kali kedua berjalan ditanggung. Insha Allah akan membentang kertas penyelidikan untuk tahun depan, tahun ni dan tahun lepas sertai mereka cuma menabur khidmat sebagai Student Worker.
 |
| Monona Terrace Community and Convention Center: HPS venue for this year. |
Minggu lepas pula keputusan peperiksaan dah keluar. Syukur Alhamdulillah, 4 flat. Amacam? Haha. Ada satu lagi course di bawa ke semester hadapan, Special Problem 608.
 |
| Biotechnology Research Center |
Semalam baru mula training di BRI. Masuk-masuk pejabat terus bincang tentang design dan masa ni lah diuji tahap kefahaman fundamental hamba. Hungga2. Sambung hari Khamis ni untuk belajar Polarization Curve. Nasib baik la supervisor kata tak perlu datang tiap-tiap hari. Pergi balik 4 jam okay perjalanan turun naik bas dan metro. T_T
PS: Kempen selawat 10 min sehari. Jom!