Salam kawan-kawan,
Dah lama rasanya tak menulis apatah lagi menjenguk blog ni. Sejak Hafiz hadir dalam hidup, jarang dah main laptop dekat rumah. Kalau tak, dulu asik membelek je blog tengok ada tak tulisan terbaru rakan-rakan. Hehe. Sekarang semua kerja akan disiapkan sebelum balik. Balik rumah adalah time untuk spend masa dengan baby setelah tinggalkan dia seharian. Sekarang dia dah pandai tantrum. Pandai tunjuk dia marah bila ditinggalkan dan kadang-kadang bila sampai rumah, rajuknya masih ada. Oh Hafiz! Awak tu baru je sebelas bulan kot. Hehe. Clingy phase orang kata. Ada jugak kawan-kawan yang sound handphone entah ke mana. Kadang-kadang husband pon sound suh campak je handphone ke laut. Haha. Sorry lah semua. Sekarang ni rasanya dah stabil. Facebook pon dah rajin buka (Lama gila nak stabilkan diri). Hehe.
Ok. Cukup untuk perkembangan diri. Sekarang jom cerita isu semasa; Malaysia Oh Malaysia ku. Sekarang ni tengah demam dua isu: PRU13 and Gwiyomi.
Hangat betul pilihanraya kali ni. Rasa rugi pulak xdapat balik merasakan kehangatan musim kempen dan mengundi nanti. Kali ni kali kedua saya akan mengundi. Dekat luar negara pulak tu. Member kata bila lagi nak mengundi luar negara oi! So kena la mengundi. Ha3.Teringat masa first time mengundi dulu, saya drive balik dari Bangi nak ke Melaka. MasyaAllah, jem se-jem-jem-nya! Patutnya masa drive kurang sejam ni jadi berjam2!! Tapi seronok, pengalaman. Masa pergi mengundi siap wartawan media Melaka interview nak tanya pandangan orang muda tentang pilihan raya. And of course lah saya ignore xnak di’interview’ – malu kekdahnya. Arwah nenek saya marah katanya kalo saya jawab soalan, masuk paper, dah femes cucunya ni. Hadoi! Tetiba rindu arwah, rindu kari and sambal ikan bilisnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Next isu Gwiyomi. Malaysia kalau benda-benda macam ni lajunya masuk dlm persekitaran kita. Baru-baru ni terbaca status Wardina lebih kurang begini bunyinya, “Mula-mula Gangnam Style, kemudian Harlem Shake dan sekarang Gwiyomi pula. Kalau selepas ni budaya Berfikir kan bagus”. Betul tu. Sokong seratus peratus. Berbeza betul cara kita berfikir dengan masyarakat sini. Kadang-kadang rasa malu. Tak salah berhibur tapi biarlah seiring dengan ilmu malahan ilmu patut lebih lagi. Saya pon tengah cuba nak menerapkan budaya berfikir dalam diri. Jom semua. Ini kali lah! Eh! Ha3.
Ok lah. Cukup setakat ni dulu. Sekarang ni dah masuk second phase Phd, ‘Weng’ phase kekdahnya. Hahaha. So akan banyak tulisan dari saya selepas ini – mungkin. As a therapy, hopefully.
Alrighto, hopefully you enjoy my entry this time. Can’t wait to write the next one. Tomorrow perhaps?
Cheers!
undi luar negara, satu pengalaman berbeza dari biasa. tahniah!
ReplyDelete