Friday, January 18, 2013

A killing winter

Bonjour!

Matahari memancar dengan girangnya pagi ini. Lebih selalu redup sebenarnya.. Wah, macam panas nampaknya.. oh tidak, jangan terpedaya dengan sinar matahari. Suhu dekat Canada sekarang ni semakin lama semakin menyengat. Pagi tadi -26C, dan sekarang waktu saya menulis ini sekitar -17/-18C (and feels like: -26C). Sejuk amat okay!

Tak pernah terfikir dek kepala akan berada di bumi beku ini. Pernah satu malam balik dari kelas, tangan tiada bersarung. Waktu itu sekitar (-11C, feels like -18C), selepas lebih kurang 5 minit, cepat-cepat saya pakai gloves. Sampai apartment building yang jauhnya sekitar 10-15minit berjalan, jari tangan dah betul-betul terasa lain macam. Sakitnya, adui makkk! mencucuk seakan juga melecur merahnya jari-jari tangan ni. Sob3.. 

Masuk je bilik saya cepat-cepat buka heater. Satu minit tadah depan heater, ahh, tak jalan! Terus saya tuju dapur dan buka air paip, alirkan air dalam seminit. Fuh.. lega.. aduiilah.. sumpah tak tanggal gloves lagi lepas ni.. 

Minggu ni minggu kedua kuliah. Alhamdulillah makin sibuk, satu perkara yang bagus utk progress mudah-mudahan. Lunyai bergaya nampaknya.. lol.

Moving with excellence!

No comments:

Post a Comment