Sunday, December 15, 2013

ABC

Bonjour!

Hari ini saya buat ABC sempena snow storm sejak pagi tadi. Boleh la, buat melepas kempunan nak makan ABC Malaysia. Letak gambar dekat FB, ada yang cakap snow dah tercemar dengan acid, makan nanti demam la etc. Tengoklah seminggu ni macam mana, harap2 sihat je la macam sekarang.. :)




Selamat ke makan salji? Boleh baca sini untuk info:  Is it safe to eat snow?

Wednesday, December 4, 2013

Demam musim sejuk

Bonjour!

Mungkin sejuk sangat dua minggu lepas, saya pun tumbang dibuatnya. Mula Jumaat lepas, saya duduk pejabat cuma 2 jam, itu pun tak buat kerja, pergi Holiday Lunch anjuran persatuan pelajar. Badan dah lain macam je dibuatnya. Huhu.

Dan sampai je rumah, mula lah rasa macam-macam. Sakit kepala, selsema, sakit tekak, semua ada. Badan dah panas takbolehblah. Nak buka tingkap, tingkap pun dah beku sebab luar sejuk sangat! Tapi aku pula yang panas dalam rumah. Tidur buka je kipas, bantal tinggikan sikit. Seingat saya, tahun lepas saya demam juga bulan Disember. Badan terkejut agaknya. Masak bubur sendiri, buat air pun sendiri. Memang sedih betul la.. Huhu.. Selsema sampai dua kotak tisu habis. Hidung sampai perit (taktau istilah yang sesuai apa). Tekak pun ketat semacam je.


Alhamdulillah, harini, hari Rabu, dah boleh datang pejabat semula macam biasa. Isnin haritu datang, tapi tak lama pun. Tak larat. Batuk je la sekarang yang masih berbaki. Selsema dah kurang, tapi sebab winter dah mari, tiap kali hembus hidung, keluar dengan darah sekali. Tu la,nak macam mana, dah memang Melayu, makan nak pedas, tapi bila makan pedas waktu winter, memang macam tu la jadinya, hidung berdarah.

Esok nak gerak ke US, insha Allah. Ada family US jemput hadir majlis walimah anak mereka. Harap boleh la tolong sikit-sikit.. Tolong masak tu memang tak laaa, keluarga ni standard chef bertauliah okay.. Tolong potong sayur, bawang tu boleh la.. :)


PS: Nak bagitau ke tak supervisor yang nak p berjalan ni? Adeh, tak payah la. Janji laptop bawa travel.  




Saturday, November 30, 2013

3 Most Scenic Place in Japan #Part 2 (Miyajima, Hiroshima)

Morgen, saje amek mood Swiss cket..hehe. Akhirnye sempat jgk nk update blog walaupun tgh bizi dgn experiment. Harap2 ni la experiment terakhir (kalau dapat result bgos..sob3). Kali ni Yanie nak cite trip Yanie ke Hiroshima mase spring hari tu. Hurm patot Yanie cite pasl Hiroshima dulu baru Amanohashidate kan?haha.

Anyway sape yang xpenah dengar tempat name Hiroshima kn. Kalau ade yang xpenah dengar, maybe korg kena baca balik buku sejarah tanah melayu k. Hiroshima ni terkenal dengan Atomic Bomb domb, iaitu tempat yang kena bomb dengan askar omputih masa Jepun dok kat tanah melayu masa world war dulu. Org2 Jepun kat kawasan ni terutamanya akanjadi lebih emosional (meratap,menangis,meraung dalam musuem..isk3) kalau melawat bomb domb ni, akibat ramai jugak yang mati mase WW2 ni. So ramai la yang xsanggop nk tmn Yanie pegi. tapi sbb ni tmpt penting dalam sejarah negara kami pergi jgk untuk melihat tempat kejayaan negara kite (kata kawan Yanie..haha siot). Sebab kami pegi melawat lepas balik conference, beginilah scene sunset yang paling lawa Yanie bole capture.




Actually ni la bgnn asal yang kena bomb tp sbb nak nmpk lg real diorg renovate balik rangka domb tu supaya nampak lg cun. Bomb Domb ni terletak kt tgh bandar dalam 5-6 stesen je. Tram kat sini plak mmg murah 400yen untu one-day pass. mmg benri (convenient) la. Tapi main highlight kat Hisohima ni adalah Miyajima (The door gate to heaven). Kami naik tram sbb nk murah ade la dlm 40min dlm tram dan bertukar plak ke feri (ha tiket feri include skali dlm day pass so xya beli tiket lagi).

Tapi sikit malang masa time kami dtg tu kebetulan hujan dan air plak surut, so xdapat la merakamkan scene yang menarik kt miyajima ni. Kat miyajima ni jgk byk friendly deer yang suke berkasih sayang dengan visitor. So beware of deer shit..hehe.



And finally, ni favourite Yanie "Yakigaki" (Grill Oyster). Memang makanan popular kt Miyajima mesti cube kalau dtg sini letak plak "ponzu" (perahan air lemon..fuhh) mmg sedap. Selain dari tu, Hiroshima jgk popular dgn okonomiyaki, bole request supaya jgn letak daging. tp yanie xtry sbb kami tggal di Miyajima..hehe.

Tuesday, November 26, 2013

He's an expert?

Bonjour!

I never knew before he is a truly expert of this area of research. Or, I claimed I did but not knowing him very well? Zzzz.

And how did I finally realize this? Happened when I tried to search for the methodology I'm gonna have in my PhD proposal. How come I never knew he has about 100 publications and perhaps more? Feels like syok-sendiri di dalam dunia kupu2ku.

Ever since I was a kid, nobody told me that I'm a slow learner. For some reasons, however, I sometimes feel myself so! Yes, simply slow like a snail.

Tak apa lah, bagus la dah tahu. Then I reckon it's not possible, insha Allah, to achieve my own target in publication during my PhD. Adviser and co-adviser-  both of them have their own reputation, and I believe there is no harm to take advantage on this. Indeed, memang ni la kerja dalam akademik. Membaca, menulis, menulis dan menulis. Menyelit dalam renowned names tu rezeki so that cepat sikit get accepted and published!

PS: Tomorrow we'll get snow for about one-half day based on weather forecast (tetiba macam homesick. sindrom winter. huaaa)


Monday, November 25, 2013

A little bit about Amsterdam

Assalamualaikum,

Harini I nak share info sket salah satu tempat yg I dah penah melawat sepanjang I duk sini, Amsterdam, Netherlands.

I pegi ni masa early of September. Summer dah mula menyusur pergi and autumn dh say hai2.
Agak sejuk lah time ni. Unexpected btol. And cuaca asik hujan. So not recommended pegi masa bulan ni. Tapi alhamdulillah, even cmtu boleh juga melawat ke tempat org and melihat keindahan ciptaanNya.
Amsterdam ni selalunya org pegi bulan Mac - May (ikut cuaca). Sbb masa ni bunga tulip tengah mengembang. Sape2 yg minat bunga mmg best lah dtg watu ni boleh amik gambo ala2 hindustan gitu.. hehe. Tapi klo dh dtg bln 9 ni, kita focus lah kt attraction lain that is windmill! :D

Masa kt Amsterdam, ktorg sewa hostel mmg btol2 in the city. Hostel tu btol2 mengadap canal belt. Tapi sayangnya hostel dia ni boleh tahan lah x terurusnya. Dh la xda wifi. Parking kete mahal pulak tu. Rsnya next time klo nk dtg, maybe ktorg kn tdo kt Rotterdam sbb hotelnya lebih proper and wayyy cheaperrr! (One of important tips klo nk dtg sini). Tapi org2 Amsterdam MasyaAllah peramah betol. Sangat baik and very helpful. And dorg kt sini kebanyakannya berbasikal sbb nk bayo parking mahal sungguh katanya. Ktorg sampai Amsterdam tu dh pukul 9 malam cmtu. Masa dh setel masuk hostel (sebijik mcm hostel asrama dgn katil double decker), ktorg p lah cari tmpt nk park kete. Klo nk park tmpt murah mmg jauh. Yg terdekat dgn hotel agk mhl kena byr xingt brp and kita kn byr parking sampai kul 12am. Dr 12-6am br parking free. Bygkan lah! xpnh p mana2 kn byr parking sampai kul 12 mlm. Selalunya after 6/7pm kt London ni parking dh free dh.
So esoknya kami pergi melawat satu perkampungan ni. Zaanse Schans namanya. Sangat2 cantik. Kampung ni kira kwsn yg preserved perumahan dulu2 and windmill. Meh I share gmbo yg ktorg amik. Bkn dari google ye. hehe.



Ni lah kawasan perkampungannya. Siap ada ladang biri2 lagi and itik berenang2 dekat sungai.

Sepatu yg femes kt sana.

And cheese museum. Sape penggemar cheese mesti suka sbb ada free tasting. hee

And inilah dia. Deretan windmill yg disebut2 orang.

Zaanse Schans ni kwsn luar bandar. Kalau kita drive kete dlm 30 min sampai. I rs ni mmg a place must go lah klo kita ke Netherlands ni.

Ok lah, I rs I stop dulu. Nanti I sambung lagi tmpt i melawat kt Amsterdam ni. Perkampungan nelayan yg I visit and of course the city!

Bye :)

Thursday, November 21, 2013

Falsafah Jagung

Bonjour!
Kelmarin saya tonton satu talk show di YouTube, tentang betapa kita perlu menjaga kebajikan ibu bapa kita, bertanya keperluan mereka dll.
Di hujung rancangan berkenaan, seorang tetamu memberitahu bahawa beliau sungguh menghargai momen bersama ayahnya kerana semua momen itu ada pengajarannya.
Satu hari katanya,
Beliau bertanya, "Kenapa biji jagung ini dikambus dengan tanah?"
Si ayah membalas, "kalau tidak dikambus, burung yang akan makan.."
"Kenapa kambus dengan tanah yang berat?"
"Walaupun berat, biji benih yang baik akan tumbuh naik dan bertunas."
"Kenapa dibaja dengan benda yang busuk?"
"Itulah yang akan memupuk pokok jagung ini."
Begitulah dalam hidup ini, bila kita bersabar dengan perkara yang memberatkan kita, akhirnya kita akan dapat atasi perkara itu lambat laun.. dan baja yang berbau itu seperti 'kawan yang busuk hati dan musuh',  biarpun mereka membuatkan hidup kita tidak senang duduk, tetapi dengan wujudnya golongan sebegini, kita lebih matang, 'berisi' dengan pengalaman hidup dan lebih berjaya jika kita menyerap baja2 ini dengan caranya.
Hidup beliau penuh dengan falsafah hidup, dan satu daripadanya adalah cerita di atas, yang saya namakan sebagai Falsafah Jagung..

Monday, November 18, 2013

Seminar presentation and Grant applications

Bonjour!

Penat gila la beberapa minggu lepas. Walaupun tidur tiap hari, bangun tiap hari, tapi rasa lembik sebaik sahaja selesai menghantar borang permohonan geran tengah malam Jumaat.

Apa yang saya buat sepanjang 2-3 minggu lamanya?

1- Seminar presentation

Saya bentang business plan; tajuknya "Promoting Visit  Malaysia Year 2014 and Malaysian Cuisine in Canada". I requested for supporting materials from Tourism Malaysia Canada and they responded to me by sending 2 full boxes of materials. Dapat la flags, notepads, pens, buttons, brochures, postcards, etc. Banyak yang amat. Terima kasih Tourism Malaysia for your fully support! Padahal present tu dalam 5 minit je! Sekarang people know me as "Malaysian lady". Haha. Overall, the presentation went well.

2- Grant applications

Saya ada mohon untuk dua geran, satu dari DKG dan satu lagi dari Schlumberger Faculty for the Future. Dua-dua dah selesai. Ceritanya bermula bila kepala ligat mencari idea untuk dapatkan travel grant tahun depan.. Malaslah nak pergi conference pakai duit sendiri. Kita buat kerja dah la tak senang, kalau boleh nak jalan tu biarlah bertaja. Hehe. Disebabkan tak pernah mohon geran, bertungkus lumus juga lah untuk kumpul maklumat itu ini. Karangan beribu-ribu perkataan panjangnya. Dan yang menjadi mangsa tu adalah my PhD proposal..

Doakan ya hamba dapat kedua-dua geran tersebut.. mudah-mudahan ada rezeki kali ni.. Amiin..

Pagi ni dapat emel dari SV for a quick meeting. Saya pun jumpa, lepas bincang tentang geran tu, beliau tanya progress untuk research. Gulp!

"Make him happy"

Siapa watak him tu dalam jalan cerita ni?
Saya punya co-sv.

Ya, bila kita satu2nya pelajar yang dijaga dari universiti ni, maka seluruh 'perhatian dan kasih sayang' beliau tu tak perlu dipertikaikan lagi. Huhu. Siap sedia je la untuk digulaikan bila tak ada progress.

OK, saya dah abaikan beliau untuk beberapa minggu. Jadi saya setkan masa untuk hantar sesuatu by next week. Eh, entahlah..

Seramnya menuju Comprehensive Exams!

PS: I had a bad headache past weekend, plus my back pain is still there! Oh no..

Sunday, November 10, 2013

Kenangan ke school 😅

Hari Jumaat lepas, i excited sangat nk pegi school. Konon nk tunjuk waste glass i kat labmate. Hehe. Sekali terjaga lambat sbb mlm tu xboleh tdo teman anak i bermain2. Skrg ni jadual tdo dia xberapa btol sgt. Lepas magrib dh ngamuk2 ngantok. Kang tgh mlm tjaga main la sampai ke mengantok balik.  Skang ni i tgh usaha nk betolkan schedule dia balik.
So berbalik psl p school td, i ni dh kamkabut la bsiap. Pjalanan nk ke school dlm 40min and kn tukar 2 bus. Dh nak sampai je school, i pon tekan loceng. Skali tersedar "eh! Mana beg skolah aku ni???? Mesti ttggl kt bus lagi satu!! Tu lah xfokus naik bus p main candy crush saga sgt!!". I ni kamkabut lah. Trus call husband. Husband suh call TFL (transport for london) utk report kehilangan. In case ada org jumpa beg i and bg staff dorg, dorg akn simpan kan. I ni pon menyusur lalu di celah2 Royal Albert Hall sblm smpi ke school dgn sedihnya. Dah la dlm tu ada sample2 i yg i buat aritu. Klo hilang hbs lahhhh..
Sblm masuk ofis, i call lg suami i utk kongsi perasaan risau bercampur sedih klo sample2 i hilang. Skali husband i kata dh ada org call btau psl beg i. Ha?? Biar betul!! Excited gile. Pastu i pon ty husband i.
" dia call hp awk? Cmne dia tahu ek? Sy ada letak num phone ke kt dlm beg??"
Then husband i pon jwb,
"Aah. Dia call sy lah. Nk tahu sape call? Awk lah! Kah3. Lenkali cuai lg p letak beg tepi pintu pastu xbw!"
Haaaaaa!!! Adoi. Sabar je lah dgn diri sndiri. Ofismate i gelak gile dgr cite i.

Sekian.


Wednesday, November 6, 2013

Di kala keboringan :P

Hello,

Arini i macam mandom sikit. Mungkin sebab ngantok sgt dari kul 3.30 pagi bangun xtdo2 lg. Note: Skrg br pukul 1315, mcm dh lama sgt berjaga kekdahnya! hahahaha.

Harini hari ketiga work trip i dari London ke Sheffield. Masa perjalanan kalau naik train dalam 2 jam ke 2jam setengah. Patutnya i plan nk tdo je sini. Tapi sebab husband xdpt cuti, so i pon decide ulang-alik Lon-Shef supaya leh jaga anak mlmnya, dia pulak jg siang.

Hari2 train i pukul 0545 sebab nk kena sampai Shef pukul 0825. Sampai2 je kena jalan laju2 sbb jarak dr station ke Uni agk jauh dlm 25-30 min jln kaki (xnk amik cab sbb save duit grant. Bgs tak?? hahahaha). Then pukul 0900 dah kena start lab bersama2 staff dan technician. Harini ari ketiga i commute. Kaki boleh tahan lah dh rasa 'tough'. Huuuu. Tapi nasib kejap je kerja. Pukul 2/3 ptg dh habis and boleh la balik London meneruskan kerja2 as isteri and ibu mithalii.. Poyo sgt statement ok! hehe.

Oh ye, mesti korang tertanya2 knp awal sgt i bangun kan? Almaklum lah, umah i ni agk jauh dgn station. Nk kena naik bus and tube br boleh sampai train station. Bus pulak klo awal2 pg setiap 20 min  br lalu. So kita kena kejar ikut time bus. Klo terlepas bas, tpaksa la menapak ke tube station tu, boleh tahan jauh gak tu. Anggaran dr umah i nak ke train station hampir sejam kot dlm 42/45 min camtu. Sbb tu lah awal2 kena bgn and siap2.

So far, alhamdulillah apa yg i plan nk buat kt sini jadi. Esok and lusa maybe i xdtg dh sini sbb i dah prepare bhn sume mintak tlg postdoc and technician je utk truskan kerja yg sepatutnya on Friday. Lgpon kerja2 seterusnya ni mmg i xboleh buat pon sbb safety issue katanya. Nasib baik dorang ni sume baik hati, helpful and sangat peramah.

Cuma masa ari senin baru ni berlaku tragedi November ms I otw back. Tetiba ketapi stop. Lama sangat. Rupa2nya berlaku accident. 'A person has been hit by train' : announcement from train operator. Terkejut gila ktorg dengar. Tp bukan train ktorg yg langgar, train depan ktorg membuatkan jln ditutup skjp utk selesaikan pape yg ptt. Pastu dgr lah ada passenger2 yg membuat spekulasi knp kena langgar sume kan. Maybe suicidal kot. Sekali train delay sejam setengah. Pergh!! Stress gila. Kul 9 mlm br sampai umah. *sigh*

Ok lah. cukup untuk harini. Marilah kita bersemangat and happy buat keje :D

byeee!

Tuesday, November 5, 2013

3 Most Scenic Place in Japan #Part 1 (Amanohashidate, Kyoto)

Dalam kedinginan Autumn yang xbrape nk luruh, akhirnya dapat jgk Yanie melawat one of the most scenic place kat Japan. Name tempat ni Amanohashidate, die terletak kat North Kyoto. Setelah berbulan2 merancang dan gagal berkali2 disebabkan ribut taufan yg semakin xmenentu akhir-akhir ni. Finally, we are here. Actually ade 3 tmpt yg paling menarik dan indah (menurut kata org2 Jepun la) yang patut dilawati iaitu (Matsushima @Miyagi Prefecture, Miyajima @ Hiroshima Prefecture and Amanohashidate @ Kyoto Prefecture).

Disebabkan taufan jugaklah kami beramai-ramai ambik keputusan untuk visit kat kawasan North yg jauh sikit dari kawasan laluan taufan. Perjalanan dari Osaka mengambil masa 2jam 40min by train limited express (¥4500 one way tiket) tapi kalau nak percutian bajet boleh dapat one way ¥2500 ( perjalanan 4jam dan xde toilet dalam tren). Mane2 method pon bole yang penting sampai.

Kami sampai di Ryokan (japanese style hotel) lebih kurang pukul 3ptg. mmg ngam2 waktu check in. Disebabkan plan untuk dtg ke Amano ni secara bidan terjun dan tergesa-gesa kami terpaksa book hari bekerja (Jumaat) sbb weekend hotel full. Cmne pon begitu, bilik yang disediakan mmg luar biase besar (lagi besar dari rumah Yanie..sobs3), sbb ryokan ni biase untuk travelling dgn family so untuk bilik muat 5org harga sebilik ¥12000 mmg sgt2 berbaloi2. Yanie mmg rekemen Seikiro Ryokan ni untuk kawan2 yang rasa2 nk dtg melawat Amanohashidate. Ha nampak x gamba siap ade model skali..hehe.


Tapi.. tapi.. tapi untuk peringatan travel kat tempat2 mcm ni mmg mlm xde life langsung sebab mostly kedai tutop kol 5:30pm yang buka smpai kol 6:30pm pon ade la 2@ 3 kedai tu pon kalau jumpa cari. Jadi tipsnya, jgn lupe bawak bekal mknn 3 in 1, in case xjumpe kedai @ kebuluran di malam hari dan bawalah play card mcm UNO/old maid/etc untuk bermain bersama2 kawan2 @ family waktu malam. Kalau xnak main card game pon xpe, bole enjoy public onsen (kolam air panas) yang disediakan oleh Ryokan. Di bawah ni merupakan makanan popular yg terbaik dari laut dan bumi Amanohashidate.


                                                                      Black Bean pie

                                                        Raw seafood Tendon with Udon

Petang tu juga kami terus ke Amanohashidate @ bridge made by god tapi malangnye autumn kn malam awal so gambar gelap2 belaka. Esoknye kami pegi lagi sekali. Dari bas tukar ke basikal tukar ke chair lift akhirnya sampailah ke observation deck untuk Amanohashidate.

 

Ok budak 2 org yang mempamerkan buntut ke udara tu bukan org gila, ni mmg spesifik pose yang di panggil "Matanozoki", disebelah kanan tu gambar yang Yanie ambek masa buat Matanozoki. Bridge kelihatan seperti kanji no. 1. Dengar cerita kalau kite ambil dari observation deck opposite kepada Kasamatsu Park ni akan nampak seperti seekor naga. Picture bawah ni Yanie pinjam dari blog tourism Japan, nampak kot mcm dragon cket2..hehe.


Walaupun banyak lagi cerita pasal Amano yang Yanie tak mention seperti Narianji dan 5-tier Pagoda yang dibina beratus-ratus tahun dahulu ditanah yang dipanggil "the rise of blue Dragon" ini. Mungkin tempat ni di anggap keramat sebab scenery dan bangunan2 temple yang dibina oleh ancestor diorg kot.. Wallahualam.

                             
                                              Nariaji                                         Pagoda

P/S: Next time Yanie share pasal Miyajima and Atomic bomb dome plak k..chow

Wednesday, October 23, 2013

Susu & Kopi

Hello,

Aneh kan title entry kali ni? Sbnrnya i saje je sebab kebosanan. Hihi.
Sekarang ni baby i tengah tido. Bila dia tido tu tetiba rasa kosong. Xtahu nak buat ape, kekdahnya! Hihi. Rumah and dapur dh clear. Kain dah berlipat. Sekrang tgh cuci baju round yg seterusnya. Sblm ni my washer/dryer rosak. Berbakul2 lah baju x berbasuh. Hihi.
Tapi bila pk2 balik, pttnya i ni dh setaraf yanie, kn lah lamunan terhenti and start tulis tesis. Tapi entah lah, kalau kat rumah ni force nya kurang banyak. Hihi. Bila fikir2 balik, byk sgt masa yg dibazirkan masa 1st year, with pregnancy & sickness & mood swing & mcm2 lah. 2nd year after maternity bangkit semula for a new start, tapi kadang2 ada turun naik nya and now dh 3rd year. Takotnya!!!! Apa lah nasib ku selepas ni. Doa2kan ye kwn2, bia boleh hbs phd i dengan mudah dan cemerlang :P
Berbalik kpd kopi & susu td, i rs skrg ni i dh balik kpd addiction lama. Coffee! Tp klo kt msia, 3 in 1 je. Kt sini i lg suka bancuh sendiri and letak fresh milk dlm kopi. Mcm omputih gitu. Hehe. Serius sedap! Xtahu nape nth fresh milk sini i rs sedap. Klo kt msia harapan lah nk minummmm.. :D
Ok lah. I better stop now. Nnt i sambung lg.
PhD: Perjalanan hadapi Dugaan. InsyaAllah semoga kita sama2 berjaya ( i dapat ni dr paper kwn i post kt fb.. Hehe.. Credit to her)

Bye!

Xx

Tuesday, October 22, 2013

Yeay!

Salam uols!

Arini i nak tulis pendek je. Pembuka bicara sebab finally dapat tulis blog. Almaklum lah, kita ni 'moden' sangat sampai xda email gmail. Ngeh3. Ni pon bukan email i ni, tapi email ehem2 i godek2 (semata2 xnak buat email gmail kennn). Hihi.

Skrg london dh musim autumn. Asik hujan je. Kadang2 cuaca sejuk sampai confius autumn ke winter ni. Hehe. Pastu balik lapa sgt trus buat sup ikan, mkn dengan sambal bilis and tempoyak. Yes! Tempoyak!! Ajaib kan? Tempoyak ni dapat bekas ehsan jiran yg baru sampai cuti2 Malaysia bw dtg ke london. Semangat giteww. Hehe. Tapi dh habis lak mknn nya nk share kt sini. Next entry lah. Weekend ni plan nk bg carrot cake.

K lah. Nk stop dulu. Nak release2 tension main minion rush. Byeeee!

Xx

Thursday, October 17, 2013

Research Toolkit (Kemahiran Perpustakaan)

Bonjour!

Siang tadi minggu ke-3 saya hadiri satu bengkel anjuran perpustakaan universiti. Setiap minggu satu modul. Insha Allah minggu hadapan akan selesailah bengkel ini dengan berakhirnya Modul 4. Dah masuk Tahun 2 barulah ikut kursus ni, tak dapat bayang apa jadi kalau tak masuk langsung, dan rasa betapa ruginya la tak belajar dan guna semua resources yang ada ni sejak Tahun 1 dulu. Bak kata Yanie, no turning back. Jadi yang lepas tu biarlah lepas, hargai lah masa yang ada sekarang, dan cuba pastikan masa terjaga dengan sebaiknya selepas ini.

Selama ni pakai Mendeley, tapi memandangkan Mendeley ni tak berapa nak mantap lagi (walaupun mesra pengguna), saya bertukar arah kembali semula dengan EndNote, tapi kali ini dengan lebih sistematik. Dan yang menariknya tentang universiti saya ni, database dia memang tiptop! Cakap je nak paper apa, most likely will find ones. Dan zaman sekarang ni, buku pun orang dah jarang2 pinjam, semuanya elektronik (e-book). Nak hantar tesis pun online je, dah tak perlukan hard copy. Jimat la sikit. Hehe.

Jadi memang satu keperluan untuk mendapatkan skill yang betul, berkesan, dan pantas. Rasanya di Malaysia dulu pun ada kursus anjuran perpustakaan cuma tak ingat lah pernah ikut serta atau tak. Cuma kali ini saya rasa sungguh beruntung dapat lebih pendedahan tentang database dan sebagainya. Pernah dengar istilah Patent, Grey Literature? Boolean Operator? Hehe. Ok ni saya kongsikan sedikit apa yang saya dapat dari bengkel.







Alhamdulillah, semester ni makin teratur jadual kerja di pejabat. Pagi jam 9-10 pagi tu biasanya dah ada di pejabat, balik apt untuk solat, dan sambung lagi sampai 11-12 malam. Betul orang kata, kuantiti tu tak penting sangat berbanding kualiti, tapi apa nak buat, I feel like I have wasted my first year and so this is the time to back in gear. Mudah2an Allah permudahkan kami bertiga dan juga rakan2 PhD yang lain selesai dalam masa yang ditetapkan. Insha Allah, amiin..


PS: My tomorrow's meeting has been postponed.. and it won't happen until I submit my proposal draft as his reply was "Perfect, I will be waiting for your e-mail". Zasss!

Wednesday, October 2, 2013

Lamunan Terhenti

Ewah tajuk die mmg mengancam..haha. Baru feel cket kan tgh2 serius ni. Merujuk kepada perkara di atas (ayat surat rasmi), sebenarnya Yanie da feel the urgency sbb mula start 3rd year untuk PhD..huhu. Eventhough feeling mcm senpai2 gitu, tapi byk nyer perlu di fikir untuk tahun ni. Yang nk siapkan experiment lagi, publish paper lg, improve theory n basic reading dan etc. Dah lah experiment di cancelkan oleh org ke-3..hehe (actually accelerator breakdown, so JAEA cancelkn la).

Tula suruh consistent study dari first year ko buat main-main. Time ni la nk rasa geram dgn diri sendiri. To be honest, everytime Yanie terfikir mcm ni, mmg rasa sgt down. Tapi xkn nk mengaku kalah saat-saat genting mcm ni, it is soo not ME. Fikir-fikirkan semula progress two years back. Hurm mmg first time dtg dulu mmg xtahu lgsg ape-ape. Walaupun masa master buat benda yg sama tp time master mmg fully helped by another PhD student.

Nilah problem yg perlu dihadapi kalau pilih tajuk yg di luar bidang SV dan collaborate dengan group lain. Earlier mmg SV da ckp awl2, we need to be responsible to anything we choose. Yup, served me right. Kebetulan co-SV dr group lain pon same2 busy dengan SV. Walaupun progress agak lembab mcm ciput, tp at least i made some progress.. That's the spirit.

Ok anyway, semoga kawan-kawan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. No turning back k. Chow..


Wednesday, September 18, 2013

Kuasai Bahasa

Bonjour!

Duduk di Canada ni satu pengalaman menarik apabila dikelilingi dengan ramai insan yang mahir pelbagai bahasa. Sewaktu perjalanan kembali ke Montreal, saya duduk di sebelah seorang bekas tentera Amerika yang menguasai 5 bahasa kalau tak silap.

Bila saya di sini, berjumpa dengan orang yang menguasai dengan begitu fasih dua bahasa itu sudah kemestian kerana bahasa rasmi di Quebec ini bahasa Perancis, ditambah dengan bahasa Inggeris, maka kemahiran mereka untuk 2 bahasa ini tak perlu dipertikaikan. Untuk terserempak dengan mereka yang menguasai 3 bahasa juga tidak pelik kerana ada di mana-mana memandangkan Canada ini negara yang menerima kemasukan imigran yang ramai dari pelbagai negara. Kemudian untuk mengenali mereka yang mahir lebih dari itu, 4-5 bahasa juga tidak sesukar mana kerana sudah terlalu banyak kewarganegaraan dari negara lain yang berhijrah ke sini, maka generasi bawahan mereka pun menguasai pelbagai bahasa.

Kagum sungguh pada golongan yang mampu menguasai bahasa antarabangsa yang bermacam-macam. Terfikir bila mereka belajar, dari mana mereka belajar, di mana mereka praktiskan dan lain-lain. Memandangkan saya juga dikelilingi rakan taulan dari pelbagai negara, saya ambil kesempatan yang tak seberapa belajar bahasa Mandarin, dan slang Mesir juga dengan harapan dapat belajar sedikit Spanish.

Semasa di USA, saya sempat belajar sedikit bahasa Turki dan Thailand. Bukan banyak mana pun, perbualan asas sahaja.. sebagai satu jalan bersilaturrahim dengan rakan-rakan sepengajian.

PS: PhD ini tidak seharusnya jadi jalan yang panjang untuk diselesaikan. :)

Friday, August 16, 2013

Cream Soda


Bonjour!

Saya bukan peminat air berkarbonat.

Tapi satu dua hari ni saya minum bergelas-gelas. Saya rindu beraya di kampung. Air cream soda di sini rasanya sama dengan air soda dalam botol kaca di kampung. Dan tadi botol sebesar 2L tu saya dah habiskan. Mulanya saya beli cuma untuk buat perasa tambahan air sirap bandung. Itu pun jarang-jarang saya tambahkan.


Canadian Crush Soda Cream

 PS: It's so sad to see what's happening now in Egypt.

Friday, August 2, 2013

Nyai

Bonjour!

Syawal yang bakal menjelma adalah Syawal ke-3 tanpa Nyai. 

Rindunya pada arwah Nyai.

Kalaulah zaman Nyai dulu sudah ada universiti, pasti Nyai salah seorang graduan terbaik di jurusan Ekonomi. 

Saya teringat betapa pemurahnya Nyai sepanjang hidupnya. Alhamdulillah, Nyai dikurniakan rezeki yang melimpah ruah walaupun bermula dari bawah. Famili kami tiada perniagaan sendiri, Nyai pun sewaktu hayatnya menoreh getah. Saya pernah bawa Nyai naik motor ke kebun getah, waktu itu saya masih di awal sekolah menengah. Sebaik sahaja memasuki jalan kebun, motor yang saya bawa tu terjatuh, dan Nyai pun terjatuh sama. Tapi Nyai tak marah pun, tenang saja. Lagipun saya pun tak berapa nak tinggi waktu tu, badan pun kecil, senang hilang kawalan.

Sewaktu zaman kanak-kanak tiba waktu nak kembali ke Skudai, mesti dapat duit syiling RM1 dari Nyai. Bila waktu raya pula, Nyai akan beri kami sampul raya berisi RM5. Banyaklah kan! Walaupun Nyai orang kampung, tapi kadar duit raya tu sejak saya kecil. Bila dah besar panjang ni pun, Nyai masih bagi lagi, tak kira lah anak berapa ratus cucu, cicit, piut.. semuanya dapat duit raya! Sungguh orang yang suka bersedekah memang tak putus rezekinya, dan tak akan pernah miskin orang yang selalu berkongsi kesenangannya.

Bila dapat anugerah yang lebih sikit, Nyai pun turut sama beri hadiah juga samada duit, atau barang. Rindunya pada Nyai. Saya rasa tak sempat pun berbakti sebagai cucu. Saya cuma mampu mendoakan semoga Allah ampunkan segala dosa Nyai dan tempatkan Nyai di dalam syurga yang abadi. Amiin ya Allah.

PS: I have one important upcoming event this Sunday afternoon. It's a competition, y'all! 

Monday, July 29, 2013

Menyinsing lengan di 10 malam terakhir

Bonjour!

21 Ramadan.

Ini juga bermaksud seluruh dunia berada di 10 malam terakhir Ramadan. Hidup di luar negara hampir 2 tahun ni membuatkan saya lebih menghargai Ramadan. Cheewahh. Pengalaman Ramadan di Clemson agak berbeza dengan apa yang saya lalui di Montreal ini.

Memandangkan Canada ini lebih utara, maka waktu Subuhnya lebih awal berbanding di selatan USA. Untuk waktu Subuh terkini 21 Ramadan, 3.54 pagi. Berbuka 8.27 malam. Sederhana panjangnya. Saya lebih selesa di musim panas jauh lebih baik daripada musim sejuk. Siangnya panjang, tak perlu terkejar-kejar untuk selesaikan urusan di waktu siang, pendek kata lebih santai.

10 malam terakhir Ramadan ini adalah waktu kritikal untuk Ramadan. Kalau diizinkan Allah, saya mahu berjaga sepanjang malam-malam ini. Ada satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadr, yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan. Hai, kalau melepas satu malam ni, memang tersangatlah ruginya. Ada satu doa yang dianjurkan Rasulullah supaya kita membacanya.


Ini skrip doanya, pendek, tapi signifikan. Kenapa? Klik video di atas untuk penerangan lanjut. Ringkasnya, bukan sahaja doa tersebut untuk memohon keampunan, tapi juga untuk memohon kurniaan yang lebih besar dari Allah. 


Boleh juga kita sediakan skrip doa kita sendiri, supaya tak terlepas peluang berdoa untuk segala hajat dan keperluan kita.

Selamat meneruskan Ramadan!

PS: I will post another entry about the travel that I had recently, insha Allah.

Sunday, June 2, 2013

Rejab di tahun 2013

Bonjour!

Pejam celik pejam celik hari ini dah sampai 23 Rejab.

Panas dah mula membahang. Siang dah mula memanjang.

Semoga dengan pendeknya malam Ramadan tahun ini, kita semua dianugerahkan Allah akan Lailatul Qadr. Isyak sekitar jam 11malam, Subuh sekitar 2.30pagi dan diberi kekuatan berdoa tanpa putus sebanyak-banyaknya.



Ya Allah, mudahkan kami memenuhi Ramadan ini dengan ibadah sebagai bekalan dunia dan akhirat kelak. Amiin

Wednesday, May 8, 2013

Sea of knowledge


“You can swim all day in the Sea of Knowledge and still come out completely dry. Most people do.”


― Norton JusterThe Phantom Tollbooth

Well said. It happens and normal for one who is in the beginning of research.


Tuesday, May 7, 2013

Undi Ottawa

Bonjour!

Sehari sebelum 28hb April saya bergerak ke Ottawa untuk mengundi sebagai pengundi pos. Memandangkan PRU 5 tahun sekali, maka haruslah saya mengambil peluang mengundi dari luar negara. Pengalamannya menarik, terasa musafirku ketika itu begitu berharga. Biasalah, undi ini khas untuk Gelang Patah, hot area! Cewahh. Cuma tak berapa ramai orang yang datang mengundi, tak seperti keadaan di London dan Australia yang pastinya.

Ottawa dari Montreal ini tidaklah begitu jauh, dalam 2.30jam perjalanan. Pertama kali naik bas ekspress di sini..kualiti bas ekspress di Malaysia jauh lebih baik secara umumnya, tapi untuk bas berhenti2, bas di Ottawa nampak lebih canggih, malah lebih canggih dari apa yang saya ada di Montreal.

No WIFI! *Sigh

Bermalam di rumah adik2 juga satu pengalaman baru, selama duduk di luar ni tak pernah duduk dengan mereka yang muda begitu, terasa dah senior! lol.

Bulan lepas juga saya dapat tawaran untuk sertai HPS Annual Meeting di Madison, Wisconsin, USA. Alhamdulillah, kali kedua berjalan ditanggung. Insha Allah akan membentang kertas penyelidikan untuk tahun depan, tahun ni dan tahun lepas sertai mereka cuma menabur khidmat sebagai Student Worker.

Monona Terrace Community and Convention Center: HPS venue for this year.

Minggu lepas pula keputusan peperiksaan dah keluar. Syukur Alhamdulillah, 4 flat. Amacam? Haha. Ada satu lagi course di bawa ke semester hadapan, Special Problem 608.

Biotechnology Research Center

Semalam baru mula training di BRI. Masuk-masuk pejabat terus bincang tentang design dan masa ni lah diuji tahap kefahaman fundamental hamba. Hungga2.  Sambung hari Khamis ni untuk belajar Polarization Curve. Nasib baik la supervisor kata tak perlu datang tiap-tiap hari. Pergi balik 4 jam okay perjalanan turun naik bas dan metro. T_T

PS: Kempen selawat 10 min sehari. Jom!





Thursday, May 2, 2013

Quantum Mechanics

Quantum mechanics.. ohuuuu.. a very interesting subject! iye ke tidak?? hahaha..

Sebenarnya nak share satu video ni..dah lama sangat nk share tp asik terlupa.. video ni best sangat.. mungkin korang penah tengok mungkin belum.. tapi dengan video ni tetiba rasa indah and mudah subject quantum ni.. Berdurasi hampir 60 minit, it is worth to watch ok.. Nanti kalau dah tengok, sila tinggalkan komen ye :P


Penyampai video ni adalah Prof Brian Cox. A professor in U of Manchester kalau xsilap. Very brilliant and smart. He is a spokesperson for BBC Channel. Banyak series yang dia terangkan tentang kaitan fizik dengan alam sekitar dan kehidupan kita dengan tenang dan mudahnya.. heheh.. Nk tahu lebih lanjut pasal dia boleh la tanya encik google ye.. Kalau sesapa tetiba terpesona tengok dia ni and terasa nk study bawah dia boleh la apply.. keh3..

Ciao!

Thursday, April 25, 2013

Demam pilihanraya & gwiyomi?

Salam kawan-kawan,
Dah lama rasanya tak menulis apatah lagi menjenguk blog ni. Sejak Hafiz hadir dalam hidup, jarang dah main laptop dekat rumah. Kalau tak, dulu asik membelek je blog tengok ada tak tulisan terbaru rakan-rakan. Hehe. Sekarang semua kerja akan disiapkan sebelum balik. Balik rumah adalah time untuk spend masa dengan baby setelah tinggalkan dia seharian. Sekarang dia dah pandai tantrum. Pandai tunjuk dia marah bila ditinggalkan dan kadang-kadang bila sampai rumah, rajuknya masih ada. Oh Hafiz! Awak tu baru je sebelas bulan kot. Hehe. Clingy phase orang kata. Ada jugak kawan-kawan yang sound handphone entah ke mana. Kadang-kadang husband pon sound suh campak je handphone ke laut. Haha. Sorry lah semua. Sekarang ni rasanya dah stabil. Facebook pon dah rajin buka (Lama gila nak stabilkan diri). Hehe.
Ok. Cukup untuk perkembangan diri. Sekarang jom cerita isu semasa; Malaysia Oh Malaysia ku. Sekarang ni tengah demam dua isu: PRU13 and Gwiyomi.
Hangat betul pilihanraya kali ni. Rasa rugi pulak xdapat balik merasakan kehangatan musim kempen dan mengundi nanti. Kali ni kali kedua saya akan mengundi. Dekat luar negara pulak tu. Member kata bila lagi nak mengundi luar negara oi! So kena la mengundi. Ha3.Teringat masa first time mengundi dulu, saya drive balik dari Bangi nak ke Melaka. MasyaAllah, jem se-jem-jem-nya! Patutnya masa drive kurang sejam ni jadi berjam2!! Tapi seronok, pengalaman. Masa pergi mengundi siap wartawan media Melaka interview nak tanya pandangan orang muda tentang pilihan raya. And of course lah saya ignore xnak di’interview’ – malu kekdahnya. Arwah nenek saya marah katanya kalo saya jawab soalan, masuk paper, dah femes cucunya ni. Hadoi! Tetiba rindu arwah, rindu kari and sambal ikan bilisnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Next isu Gwiyomi. Malaysia kalau benda-benda macam ni lajunya masuk dlm persekitaran kita. Baru-baru ni terbaca status Wardina lebih kurang begini bunyinya, “Mula-mula Gangnam Style, kemudian Harlem Shake dan sekarang Gwiyomi pula. Kalau selepas ni budaya Berfikir kan bagus”. Betul tu. Sokong seratus peratus. Berbeza betul cara kita berfikir dengan masyarakat sini. Kadang-kadang rasa malu. Tak salah berhibur tapi biarlah seiring dengan ilmu malahan ilmu patut lebih lagi. Saya pon tengah cuba nak menerapkan budaya berfikir dalam diri. Jom semua. Ini kali lah! Eh! Ha3.
Ok lah. Cukup setakat ni dulu. Sekarang ni dah masuk second phase Phd, ‘Weng’ phase kekdahnya. Hahaha. So akan banyak tulisan dari saya selepas ini – mungkin. As a therapy, hopefully.
Alrighto, hopefully you enjoy my entry this time. Can’t wait to write the next one. Tomorrow perhaps?
Cheers!

Tuesday, April 16, 2013

Gempa Bumi di Pulau Awaji

Hi geng, kali ni Yanie nk share pasl experience earthquake kat umh Yanie.

Pada Sabtu lepas( 13 April 2013), rumah Yanie telah digegarkan oleh earthquake bermagnitude 6 yg berpusat di Pulau Awaji, lebih kurang 2 jam dr rumah ( kalau naek train biase la). Pulau Awaji ni terletak di Hyogo Prefecture.

Inilah first time Yanie rs earthquake yg paling dekat dan kuat sepanjang tinggal kt Osaka ni. Fuh, giler x takut. Kejadian ni berlaku pada jam 5.33pagi, elok2 je tamat waktu subuh Yanie terus dapat emergency warning kt keitai(handphone). Macam2 dlm otak Yanie time tu, almaklumla umah Yanie ni kayu je, sekali bergegar mmg berbakul2 doa kuor..huhu seram.

Cepat2 Yanie cek kot2 jiran2 Yanie da lari kuor umah ke slmtkn diri, tapi sangkaan Yanie sgt meleset. xde sebarang bunyi pon kt kwsn perumahan Yanie tu. Dalam ati da pikir2 je kot2 diorg da lari awl2 tggl Yanie sorg2 ke..huhu. Rupenye camtula reaction org2 Jepun yg negaranya mmg kaye dengan bencana alam. Bile dapat warning kat handphone, xperlu lari bertempiaran. Maybe kenal pasti tmpt yg earthquake, kalau berhampiran sgt2, br slmtkn diri. kalau mcm kt Yanie ni plng2 takut pon sorok bwh meja kot. Yang paling important, try to be as calm as possible. Maklumlah bile kite cemas ni mcm2 tindakan yg krg wajar yg kite bwt.


p/s: Yanie baru plan nak jalan2 kt Pulau Awaji utk tgok poko2 tulip yg comel, tp nampaknye terbantut begitu saje. xpe thn dpn la Yanie pegi. bagi ilang nerous dl..haha


Thursday, April 11, 2013

Semakin belajar semakin terasa...

Terasa apa?

Pastinya terasa lebih kerdil dan tidak ada apa-apa.

Sungguh, sehebat dan se-gah mana pun penyelidikan sains dan teknologi di dunia akademik ini, tiada bermakna sedikit pun jika tidak dapat meningkatkan keimananan kita pada Allah Ta'ala. Semuanya milik Allah. Ilmu itu milik Allah, penemuan itu milik Allah dan jasad ruh kita ini juga milik Allah.

Salah satu cabaran penyelidikan saintifik, sejauh mana kita mampu mengangkat nilai Islam dan nilai penyelidikan dalam masa yang sama.


Sunday, April 7, 2013

Feeling down


Hola!


I just had my seminar presentation past Thursday. All my slides were good but automatic timing went so disorderly and miserable. It had no difference indeed as I kept on clicking the mouse when my mind went blank. And when I moved to another slide I talked less than what I was supposed to.

The presentation became worse when one slide which had a special transition effect did not want to move even I had clicked the mouse. I tried again, and again. Oh no.. until I clicked a button on the keyboard. Phew. Then I said, "Wow, surprised eh?" And the audiences laughed out loud.

No one asked me after the presentation. It was so uncommon because every presenter usually gets at least two questions except me. LOL. Well, it is okay..considering there was another presenter left. We had 8 presentations in a row, so it was like a marathon.

This presentation made me so down. Haha, tu la kau nak sangat visual bagai. Oral presentation with an automatic slideshow is one serious task. I won't take it for granted next time. No, I promise!

I am now sweating when thinking of my industrial training this coming May. I am not ready for it. I can sense how lunyai I am when I meet my co-adviser for the training. Serves me right. Zassss!

Sunday, February 3, 2013

Enjin sudah panas

Minggu lepas rasa macam nak tukar research topic. Jadi saya pun menyusun ayat bagaimana nak menyampaikan pada supervisor, supaya pendapat saya tidak keterlaluan remehnya. hehe. Entahlah, dekat sini, waktu nak berjumpa supervisor, adrenaline jadi turun naik dengan lebih laju, seram tak menentu. Alhamdulillah, it went well though. Neither he said yes nor no, he gave his opinion on what he can see for my future. After all, it's my call. I am responsible for what I am gonna do.


I guess I have to think over again and again. He is now out of office for two weeks leaving for works in India and China. Satu benda yang jadi susah untuk tinggalkan topik lama adalah sebab publication. Dr. R kata publication untuk area tu lebih mudah banding topik yang saya nak tukar. You can even easily hit a journal with an impact factor of 5.5 to 6.0. 

Erm. cuma jalan nak sampai ke situ, nak menempuh experimental setup tu perit sungguh la rasanya. Adui! Tak boleh ke pakai je alat yang ada dekat department tu, senang sikit otak. And tonight I spend my time just to prepare the presentation slides for the departmental seminar. Lambat lagi, April 4th tapi kena buat awal, sebab ada review session bagai. So saya pun tengok la balik ppt untuk oral defense masa master 2010 tu. Hehe. rajin juga rupanya aku ni dulu. zzz. Mungkin sekarang yang patut saya buat adalah just do it, instead of thinking the wrong way.

Thursday, January 24, 2013

Mental dicabar

Baru tadi dapat emel dari pihak universiti, peringatan supaya mengawal dan mengurangkan penggunaan elektrik seminimum mungkin. Rekod penggunaan province Quebec pagi ini sahaja sudah memecah rekod sedia ada.

Saya rasa betul-betul tercabar secara mental. Sejuk yang sangat menekan perasaan. Current temperature pagi tadi sekitar -29C, feels like -39C. Pijak lantai sejuk, pegang apa semuanya sejuk. Kali ni saya dah tak peduli lagi tentang bil elektrik, biarlah naik sampai ratus pun. Saya tak boleh buat kerja dengan sejuk macam ni. 

Friday, January 18, 2013

A killing winter

Bonjour!

Matahari memancar dengan girangnya pagi ini. Lebih selalu redup sebenarnya.. Wah, macam panas nampaknya.. oh tidak, jangan terpedaya dengan sinar matahari. Suhu dekat Canada sekarang ni semakin lama semakin menyengat. Pagi tadi -26C, dan sekarang waktu saya menulis ini sekitar -17/-18C (and feels like: -26C). Sejuk amat okay!

Tak pernah terfikir dek kepala akan berada di bumi beku ini. Pernah satu malam balik dari kelas, tangan tiada bersarung. Waktu itu sekitar (-11C, feels like -18C), selepas lebih kurang 5 minit, cepat-cepat saya pakai gloves. Sampai apartment building yang jauhnya sekitar 10-15minit berjalan, jari tangan dah betul-betul terasa lain macam. Sakitnya, adui makkk! mencucuk seakan juga melecur merahnya jari-jari tangan ni. Sob3.. 

Masuk je bilik saya cepat-cepat buka heater. Satu minit tadah depan heater, ahh, tak jalan! Terus saya tuju dapur dan buka air paip, alirkan air dalam seminit. Fuh.. lega.. aduiilah.. sumpah tak tanggal gloves lagi lepas ni.. 

Minggu ni minggu kedua kuliah. Alhamdulillah makin sibuk, satu perkara yang bagus utk progress mudah-mudahan. Lunyai bergaya nampaknya.. lol.

Moving with excellence!