Thursday, November 29, 2012

Canada Darul Salji

Bonjour!

Hari ini genap sudah dua bulan saya di bumi bersalji. Sejuknya bukan main, jadi sebelum keluar tu kena pastikan pakaian cukup baik sebelum meredah kesejukan luar. Kalau baju kasut sarung tangan semua ok, memang tak ada masalah pun. Steady je kat luar. It's not about bad weather, it's about bad clothing. 

Brrr. Sejuk -.-

Merentas dua negara dalam masa lebih kurang setahun tidaklah begitu mudah. Walaupun perjalanan kapal terbang cumalah 3-4 jam, tapi terlalu banyak bezanya. Iklim, suasana, budaya sekeliling yang seakan saya melangkah ke suatu tempat yang agak jauh dari tempat lama saya di USA. 

Oklah, kali ini, mungkin saya boleh cerita perkara2 umum yang membuatkan kita terasa USA berbeza dengan Malaysia secara ringkas. 

Pengajian peringkat siswazah: USA terkenal dengan begitu banyak kelas yang perlu diambil di peringkat masters atau pun PhD, kerana mereka menekankan teori dan praktikal dalam masa yang sama, jadi kelas dan research kira 50:50. Berat tak berat, bergantung kepada kekuatan latarbelakang kita di universiti tempatan. Untuk kejuruteraan dan arts, mungkin tidak begitu terasa jauh ketinggalan, tapi bagi mereka yang mengambil jurusan Sains (Fizik, Matematik etc) seperti saya, kemungkinan besar akan merasakan betapa lah jauhnya beza ilmu kita ni dengan mereka. Apa pun, jangan bimbang dengan profesor mereka, secara asasnya kita akan belajar banyak benda. Soalan apa2 pun anda boleh tanya, samada melalui emel, telefon atau berjumpa secara berdepan. Tak ada masalah. Mereka sangat terbuka. Tak ada gap. Konsepnya mudah, "I am paid to teach you", kata mereka. Tak perlu juga bersusah payah nak panggil dengan pangkat yang panjang2. Profesor pn tak pernah claim diri Prof. Dr. X kalau bercakap, paling2 pun kenalkan diri dia sendiri sebagai Dr X. Suasana dalam kelas? Sangat aktif, pelajar boleh bertanya bila2 masa di dalam kelas, profesor akan menjawab dengan terbuka. Umumnya, setiap pelajar PhD perlu melalui tiga fasa, qualifying exams, comprehensive exam dan oral defense. Jadi kalau rasa bersedia untuk rentung dengan buku hari2, welcome to the US grad school. Takpa, ilmu kan berbaloi, belajar banyak2 pun tak rugi kan.

Budaya hidup: Setahun saya duduk bersama Americans, Alhamdulillah ok. Sana sini akan ada greetings. Ucapan "Hello, how are you doin'?" dan ucapan seumpamanya akan jadi amalan harian sepanjang duduk di sana. Americans juga terkenal dengan sikap friendly, jangan pelik kalau anda berjalan sambil memegang kamera di downtown, tiba2 disapa orang yang lalu di sebelah "Hello, good morning! Enjoy your day, I think it's good weather today!". Mereka juga kebanyakannya agak helpful. Saya pernah beberapa kali 'pau' mereka. Hehe, samada nak naik train atau mesin duit tak cukup atau kad tak boleh guna, selamba je la buat muka kesian, dan diorang rileks je tolong! Best! :D Lagipun saya duduk kawasan ala2 kampung, jadi kalau menyusur depan rumah orang, mereka akan angkat tangan dan senyum (yang ni membuatkan saya rasa berada di Malaysia pulak).


Petrol/ Gas: Harga minyak naik turun setiap hari, bukan sahaja berubah mengikut hari, tapi juga berubah mengikut city, dan state. Gas station berdepan pun boleh jadi harga berbeza, ikut kualiti. Oh ya, gas di USA ada 3 gred, RON 87, 89, 93 serta Diesel.. Dekat Malaysia, kereta2 biasa pun pakai RON 95 kan? Syukurlah, minyak Malaysia lebih berkualiti. (saya beli gas RON 87 je).

Cellphone: Biasa dengar istilah unlocked? pernah dengan handphone tak ada simcard? Dekat USA kebanyakannya guna locked phone, samada wireless (memang tak perlukan simcard) atau pun hanya particular simcard boleh guna. Contohnya, Verizon phone berfungsi cuma dengan perkhidmatan Verizon, kecuali anda unlock phone tu, dan boleh gunakan apa2 simcard di dalamnya. 

Return policy: Katalah salah beli barang, dan nak pulang, silakan.. takda masalah. Sebagai contoh, Walmart- kalau dah guna barang tu, dan rasa taknak, boleh pulang. Mereka tak tanya pun, kalau dia kata ada rosak tak, bagitau je takda dan cakap, "Nothing wrong, I just change my mind". Untuk pakaian boleh sampai 3 bulan, untuk electronics boleh return within 15 days.


Bahasa: Sememangnya mereka gunakan English sebagai first language, dan Spanish sebagai 2nd language (hola!). American English berbeza sedikit sebanyak dengan British English, dan segi istilah bagi sesuatu dan cara sebutan. Lebih kurang Malaysia, Indonesia, Brunei la, ada benda yang maksudnya sama, tapi istilahnya lain kan? Kalau datang US sebut bonnet and boot, mmg tak faham la, kena sebut hood and trunk, dan lorry tu kita sebut truck. Bab sebutan pula, water - wader, center- cener, direct (kita sebut biasanya /dairek/ mcmtu kan.. mereka sebut /derek/.  Dan apa yang berbezanya dari satu state ke state lain adalah accent. Memandangkan saya duduk di bahagian South, apa yang saya boleh perasaan, accent mereka lebih beralun2, berombak2. Haha, ada ke istilah tu? Tak reti nak cakap, nak dengar? Give me a call :p. Gurau je. Itu tak masuk dengan cara/dialect orang African-American bercakap (Black), susah nak faham kalau tak dengar betul2., guan- going, me - I dan lain2. Ala, macam kita dengar hip hop, mcm tu la mereka bercakap- peace, yo! 

Penat pula nak buat summary setahun. LOL. Lagipun takda la banyak sangat benda nak kongsi, sikit2 je..lain kali ada masa kita sambung..

PS: I miss the States!