Bonjour (Hye!)
Amacam? Terer tak cakap French. Haha. baru sepatah dah nak kecoh. Province saya duduk ni, Quebec dulu dijajah Perancis, tapi British dapat tawan. Makanya province ni ada dua bahasa rasmi, satu English, satu lagi French. Bahasa Perancis ni memang tak senang la kawan2, sekurang2nya tak semudah English, mahu berbelit lidah menyebut..sebabnya? Sebab ejaannya lain, sebutan lain. Penduduk tempatan pula lebih guna French banding English, ada masanya tak rasa pun macam duduk Canada, malah lebih terasa duduk France.
Masuk harini genap 3 minggu saya di bumi Kanada. Bumi yang bertukar menjadi sangat sejuk di waktu winter.. jaket pun kene pastikan sebaiknya boleh kebal sampai -40 Celcius. Tak payah la cerita pasal winter untuk entry ni. Mari kita enjoy musim Luruh yang ada dulu. memang ho liaw la sejuk dia. Kalau di US, tengahari mungkin masih boleh pakai baju t-shirt, dekat sini jangan nak tunjuk hero la okay, mau kejung dibuatnya. Ada satu hari tu, saya berjalan ke kampus, tengok semua orang dah masukkan tangan ke kocek, tapi peliknya saya tak rasa pula sejuk tangan ni. Tiba2 teringat kawan saya cakap, "pakai la gloves, jangan sampai tangan tu kebas". Saya pun cuba cubit sikit jari ni, eh2, tak berasa laa.. dah kebas rupanya! Bajet heroin la kann..hahaha.
| Indahnya musim Luruh. Inilah gambaran kawasan saya duduk sekarang, tepi Ottawa River. Bertukarnya warna daun2 pokok satu perkara yang sangat mengkagumkan. Subhanallah. |
Tak pernah rasa apa itu salji, hati ni memang teruja. Dalam pada menahan rasa keterujaan, hati juga berdebar samada boleh survive ke tidak winter Canada ni. Tak terbayang dek kepala apalah rasanya kalau dah cecah -20 sampai -40 darjah Celcius tu. Dekat sini kami pakai humidifier, to control humidity level dalam rumah untuk mengelakkan penyakit berkaitan waktu2 winter yang berpunca dari dry air, contohnya sakit tekak, bibir kering, hidung pn sakit etc. Ni masih kira awal Fall, jadi saya takda la terasa simptom yang pelik2 sangat, cuma bibir memang sangat selalu kering, dan bila sejuk hidung selalu berdarah, bukan la bleeding, darah dalam hidung je, nak2 lagi bila makan pedas.
Caloo~
PS: Tadi masak petang nasi lemak berayam goreng, untuk Breakfast+Lunch+Dinner. 'Rajinnya' masak..
No comments:
Post a Comment