Saturday, August 25, 2012

Lebaran Amerika

Tahun 2012 saya beraya di Duluth, Georgia. Jauhnya dalam 2 jam memandu dari tempat saya. Kami puasa 30 hari tahun ni, Malaysia pula 29 hari kerana kami puasa awal sehari. Malam raya saya ikut Kak As berbuka di rumah Kak Zam..makan nasi beriani dan mee rebus. Seronoknya! Tak pernah buka malam raya dekat rumah orang..haha. Kak Zam ni Melayu Pahang yang nikah dengan orang Jamaica, taktau la akan balik Malaysia atau duduk sini sampai bila2.. Anak ada 4, masih kecik2 dan semua hero..hehe.

Walaupun ini tahun kedua saya beraya di US, tahun ini lah saya betul-betul beraya. Tahun pertama saya beraya dalam kelas. Memang tak best la. Apa yang bestnya beraya sorang2. Maka kali ni saya dah plan supaya dapat beraya dengan Malaysian yang lain, jadi sehari sebelum raya, saya ke rumah Kak As..menu bukan calang2. Banyak! Ala-ala open house. Ketupat, lemang, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal goreng, laksa johor, soto. 

Pagi2 dalam 7.30 pagi kami bergerak solat Raya dekat dewan yang ditempah khas. Solat raya dibuat dua kali demi memenuhi keperluan jemaah. Lepas solat raya ada disediakan breakfast. Makanan mana tak dapat dipastikan, tapi kemungkinan Pakistan. Balik rumah bersiap2 di dapur dan mula terima tetamu dari jam 11.30pagi sampai lah ke malam. Penat tak boleh cakap la..tapi takpa, sehari tu je pun..

Esok pagi sempat tolong Kak As tanam pokok pisang yang kawan dia hadiahkan semalam. Saya bergerak pulang ke rumah jam 5 petang. Singgah department untuk ambil surat dari New York. Ada lagi  dokumen yang mereka perlukan.. dan medical exam jugak! Huaaa.. kena pergi klinik panel pula tu, bila semak list dalam website, paling dekat di Atlanta, Georgia. Ulang alik lagi! Jadi saya buat appointment dengan klinik tu hari Rabu..dan selesai semuanya pos ke mereka semalam..harap2 takda masalah lagi. Insha Allah tahun depan raya di tempat baru pula :)

Kalau dah transfer gambar raya akan saya upload sikit di sini..

Friday, August 10, 2012

Sacramento dan HPS

19hb Ogos yang lepas saya berlepas terbang ke Sacramento, California. Keesokannya adalah 1 Ramadan 1433H. Tujuan ke sana untuk hadir satu persidangan, Annual Meeting of Health Physics Society. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, tak ada masalah untuk mengikuti conference tersebut kerana lebih banyak stay indoor. Syukur juga sebab pergi tu dengan bertaja memandangkan HPS tawarkan Travel Grant, dengan tugas menjadi AJK mereka. Tambahan pula jabatan tempat saya belajar memberi bantuan elaun makanan sepanjang berlangsungnya conference.

Sacramento tu ibu negeri California, sibuknya lebih kurang Atlanta, Georgia. Suhu di sana tak jauh beza dengan tempat saya belajar. Namun suhu kepanasan mereka berpanjangan sehingga sekarang.. itulah fenomena alam yang melanda bumi Amerika Syarikat disebut heat wave. Panas jangan cakap la. Sudahlah panas, sangat kering pula di California tu.

Dua hari awal saya luangkan masa bersama satu keluarga Melayu yang duduk di bandar ini. Mereka bawa saya ke San Francisco pada hari kedua. Walaupun berjalan-jalan dalam puasa, tak berapa terasa letihnya kerana terpersona dengan keindahan SF.. Cantik, sejuk, nyaman dan tenang.

Saya ditempatkan dalam team Speaker Ready Room. Bilik yang dikunjungi oleh setiap pembentang dan pengerusi sesi pembentangan untuk melapor diri dan menyerahkan presentation file mereka. Sibuk boleh tahan, namun seronok. Banyak benda saya belajar, macam mana bekerja dengan kesemuanya Americans, dan bagaimana mereka mengendalikan satu persidangan bertaraf antarabangsa. Walaupun dah duduk sini hampir setahun, tapi memang ada masanya penat dan terasa tepu dengan input seharian sampaikan bila cakap dengan orang pun sendiri terasa gagap bila speaking. Ahh, hantam je la.. apa kisah pun. Dalam pada penuh jadual dengan conference, sempat juga merayap kejap ke California State Railroad Museum.

Nak cerita panjang pun tak berapa nak rajin, tengok je la gambar2 di bawah ni..