Alhamdulillah, pertamanya syukur final exam went well for both papers, Chemistry and Engineering. Walaupun ada beberapa perkara yang menganggu, tapi syukur dapat juga atasi walaupun rasa lelah tu ada nak menempuh.
Untuk Aqueous Chemistry, soalan boleh tahan, tapi tak sure la boleh skor A ke tidak, tapi untuk Environmental Engineering, insha Allah probability untuk get an A tu macam ada. hehe.
Hepinya ada kenduri lepas exam! Harini lepas exam terus ke rumah Boshra & Mohammad, satu family dari Arab Saudi. Masak2 la kononnya.
Saya masak cumalah jemput2 bawang bilis.. tu pun tak jadi sangat.. keras sikit, tapi rasa tetap ada la, haih..time nak bagi orang makan leceh pulak nak adjust lembut dia tu (bajet kalau makan sendiri jadi la tu. lol). Walaupun tak jadi sangat, ada juga yang beriya makan, Brian! LOL, he's one talented young scientist dekat dept tu, muka pun ala2 Harry Porter pny pelakon..:)
Boshra masak nasi beriani dan ayam berempah. Oh ya, dan juga basbusah..pencuci mulut yang manisnya cun2 sahaja, tak macam sesetengah dessert yang kadang2 tu manis sampai tak boleh nak makan. Memandangkan sebelum masuk exam pagi tadi memang belum makan, jadi perut ni memang tunggu je la waktu2 makan yang menyelerakan ni.
Kami masak bukan saja2, dan memang takda suruh pun. Makanan tu sebenarnya nak di bawa ke kenduri (celebration party) meraikan kawan-kawan yang dah selesai exam, dan yang lebih special, untuk mereka yang bakal grad minggu depan bagi PhD dan MS. Kami luang masa di sana dalam 2 jam. Tapi memang seronok sangat, dapat jumpa semua kawan2 group research, wife and husband ahli group, anak2 mereka. Dalam masa sama, ada juga yang main ala2 flying fox. Cool kan?
Makanan pun banyak, tapi saya takda la beriya nak makan yang dihidang, lebih kepada nak isi perut dengan makanan yang kami sendiri bawa. Berbual dengan ramai orang, bermain dengan baby dan anak2 kecil sahabat taulan cukup melegakan kepala yang sarat dengan pelbagai macam.
Alhamdulillah. I am so blessed to be here, and it is so good to have them around along this journey.