Sunday, April 1, 2012

Bateri oh bateri

Kali ni dah kali kedua rasanya, bateri utk air conditioner controller di luar bilik saya lenyap dari pandangan zahir atau maya. Ikut hati nak jugak sumpah2 dengan nada kuat dalam bahasa Melayu. Tapi malas la nak kecoh2.. Asal bateri takda, panas.. asal panas sangat, bateri takda lah tu. Haha. Saya duduk dengan dua orang American dekat rumah ni. Mereka baik je.. yup selagi tak menyusahkan hidup saya secara berlebihan. Memang la ada makan hati sikit2..well it happens.

Saya memang jarang buka aircond bilik ni. Entahlah, lagi selesa guna kipas untuk kebanyakan masa, lebih2 lagi kami baru je meninggalkan musim Winter. Ok, saya mengaku je, ay memang tak berapa tahan sejuk. Kadang2 tu boleh jadi emo semata2 tak blh nak tahan kesejukan yang melampau. Tak mampu nak buat kerja kerana tak tahan sejuk. Rumah ni punya aircond (sini mereka panggil AC je), ikut sistem unit sini la, farenheit. Dan waktu winter tu, ada la beberapa kali rasa mcm terganggu dek kerana orang bawah (2nd floor), minta saya set AC tu sekitar 68-72 je. Tak kira la setting utk heat/cool. Bila saya tak on, diorang pula sibuk on kan.. Aduila. Hoyya, kau tau tak, kalau duduk 3rd floor ni, letak 68 tu serupa macam tak buka heater? Sejuk amat oi. Dan mereka tak sedar agaknya, yang kat bawah punya panas tu lebih daripada kat atas ni, walaupun kami set di degree yang sama. Mungkin sebab 2nd floor system tu combine sekali dengan 1st floor. 

Disebabkan tak setuju dengan setting 68-72 F sepanjang masa, saya beli je heater kecil. Puas hati. AC bilik saya tak bekerja untuk beberapa bulan lamanya. Sampai la tiba waktu Spring (season of the year..what a lovely season!). Terima kasih Yanie sebab menenangkan suhu kepanasan saya. Saya dah pun beli bateri baru..dan saya tampal sekali note dekat controller tu. "Please do not remove batteries. I do not have extra ones".


PS: Ini lagu zapin Yaladan..susunan pantunnya memang cukup cun ;)




No comments:

Post a Comment