Sejak malam tadi angin bertiup kencang, sejuk bukan main, semacam musim sejuk. Berlarutan sampai ke siang ni. Syukurlah kelas semester ni semuanya di kampus utama. Jika saya naik bas, tempoh perjalanan sekitar 25 minit. Bas awam yang cantik dan khidmatnya percuma. Ya, percuma. Kekurangannya bila waktu cuti, kampus cuti, dia pun cuti juga. Itu antara faktor saya memilih untuk membeli kereta. Kalau ke department saya sendiri, memandu kereta sahaja sekitar 20minit, jika naik bas dan van masanya pasti lebih panjang, 50minit. Seawal semester 1, pengalaman ke kuliah di department sendiri pada waktu Fall memang sedikit mencabar. Untuk kelas jam 9, selewatnya saya perlu keluar ambil bas pada 6.50 pagi dan azan subuh pula sekitar 6.25 pagi. Pernah juga dengan timing sebegitu, masih tidak dapat hadir ontime, disebabkan muatan van melebihi had orang.
Masuk kelas siswazah memang adakalanya menggerunkan. Lebih2 lagi jika kelas tersebut wajib diambil oleh semua pelajar siswazah. Kelas memang penuh la, ada la kira2 40 orang. Seram tu bukan kerana kandungan kursus sahaja, tetapi betapa kagumnya dengan potensi para pelajar MS dan PhD di dalamnya. Haha. Sekali bercakap, ada yang berdezup2. :). Kita pula terkedu2. LOL.
Dr.Overcamp adalah profesor yang saya ikuti pengajiannya pada kedua2 semester bagi kursus 802 dan 601. "He's an air pollution guy.."beritahu Tim (advisor saya) di suatu pertemuan mingguan. Ikut umur memang dah pencen, tapi sambung lagi perkhidmatan. Untuk kelas beliau, kami disediakan buku nota untuk slide powerpoint bagi keseluruhan kandungan kursus. Buku tu boleh dibeli di sebuah kedai buku/photocopy di downtown. Apa yang mampu saya katakan, beliau adalah profesor bertaraf lima bintang pada saya. Cukup patuh masa, material course pun sangat tersusun tak kira untuk hardcopy atau secara online di BlackBoard, selain terlalu mudah untuk dihubungi. Beliau antara profesor yang tidak memerlukan pelajar membuat temujanji sebelum berjumpa. Kami dipersilakan datang ke pejabat bila2 masa. Saya jarang2 datang pejabat untuk bertanya soalan, apa yang selalu saya buat adalah menghantar emel (itu adalah option lain yang beliau tawarkan kepada pelajar). Kebanyakan masa, emel saya dibalas dalam masa singkat, selang 5 minit, 10 minit. Paling lama pun mungkin dalam masa sehari.
Sebelum kelas bermula, beliau akan pulangkan semula kerja sekolah para pelajar, sebut nama dan serah kepada mereka. Tapi entah kenapa dan sebab apa, beliau tak pernah sebut nama saya, walaupun sekali! Tau2 je kertas dah depan mata untuk dicapai. Oh tidak, kenapa? Haha. Susah ye nak sebut nama saya? Heh, takpa la prof, hamba ok je.. asalkan tuan hamba sudi bermuridkan hamba. :p
Sebelum kelas bermula, beliau akan pulangkan semula kerja sekolah para pelajar, sebut nama dan serah kepada mereka. Tapi entah kenapa dan sebab apa, beliau tak pernah sebut nama saya, walaupun sekali! Tau2 je kertas dah depan mata untuk dicapai. Oh tidak, kenapa? Haha. Susah ye nak sebut nama saya? Heh, takpa la prof, hamba ok je.. asalkan tuan hamba sudi bermuridkan hamba. :p
Setiap minggu ada homework.Siapa hantar lambat tanpa excuse, penalty 10%. Hehe. Memang dah macam budak sekolah. Hari2 mengadap buku dan menekan calculator. Exam pula ada 4, Exam I - III dan Final Exam. Apapun, saya pasti akan menghargai pengalaman2 ini.
PS: Teringat betapa berbelitnya lidah dalam kelas Aqueous Chemistry nak menyebut montmorillonite. Cuba la, amacam?
No comments:
Post a Comment