Saturday, April 7, 2012

Adorable Professor

Semester ni saya ada ambil kelas Aqueous Chemistry. Jangan tanya la susah ke tak. Hahaha. Kadang2 duduk dalam kelas tu, macam kelas muhasabah diri. Insaf! Betapa la kerdilnya diri ni..

Tapi ada satu faktor penting yang membuatkan saya masih mahu belajar dengan baik. Faktor pensyarahnya. Kelembutannya mengajar, kesungguhannya menanda dan memberi komen atas setiap kerja pelajar, ketegasannya dengan masa, kebaikan budi bahasanya dan betapa dia begitu menghargai setiap soalan pelajar. She is so inspiring!

Satu pagi saya tidak hadir dalam kelasnya. Keesokannya, saya berjumpa dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku. Beliau mendengar dengan cukup baik. Selepas itu beliau terus mengambil kertas, dan berkongsi apa intipati kelas semalam. Kertas itu kemudiannya diberikan kepada saya. Tulisannya sebiji2. Kalau saya post di FB dan jadikan teka teki milik siapakah tulisan itu, mungkin tiada yang mampu meneka itu tulisan seorang profesor!

Beliau juga pernah menghantar emel kepada saya, meminta saya berjumpanya di suatu petang, semata-mata untuk memastikan saya faham dan dapat mengikuti kandungan kursus. Apa alasan yang munasabah untuk saya tidak menumpukan perhatian kepada kelas beliau? Tiada apa, selain berusaha sebaik mungkin meletakkan diri setahap dengan pelajar lain yang sudah belajar Kimia bertahun2.

Kelmarin selepas kelas kami berbual, beliau bertanya apakah singkatan MD yang ada pada nama saya itu diklasifikasi sebagai middle name. Saya pun menjelaskan itu adalah last name saya, dan ia singkatan kepada Mohd. Di Malaysia tiada penggunaan middle name. Jadi sebagai jalan ringkas, saya tunjukkan bahawa pihak universiti meletakkan tanda sengkang (dash) pada dua nama ayah saya supaya tidak terkeliru.

Saya juga memberitahu beliau, jika beliau mengajar di Malaysia, kami akan memanggilnya Dr. Cindy, dan bukannya Dr. Lee. Beliau membalas, interesting! Kemudian beliau menyambung perbualan, di belah South ni, anak2 kecil memanggil orang dewasa berpangkat pakcik dan makcik dengan first name. Cth, nama penuh jirannya adalah John David, maka mereka akan memanggilnya dengan panggilan Mr. John. Keadaan ini berbeza jika berada di utara US (North), mereka akan memanggil orang itu Mr. David (panggil dengan last name lebih polite). Jadi di south ni, orang2nya lebih santai.

Berkenaan dengan accent pula, saya fikir belah2 bawah US ni lebih berlenggok berbanding belah atas. Andy, seorang bekas profesor yang sekarang bekerja sebagai pengarah di sebuah jabatan kerajaan di New York pernah memberitahu saya, "the American South is almost like a different country that just happens to speak a variety English".

PS: Kalau berkesempatan, saya akan tuliskan corak pengajaran pensyarah di sini..

No comments:

Post a Comment