Dalam masa 7 bulan, saya ada empat nombor US. Bukanlah disebabkan suka bertukar nombor telefon, tapi memang leceh sikit la sistem telefon kat sini..
Nombor pertama untuk unlimited text and call. H2O. Bukan setakat text dalam usa je free, tapi jugak blh text luar negara unlimitedly. Lepas 3 bulan guna, tup2 tak boleh lagi SMS luar negara. Dah la tak boleh text luar, dia takda pun bg option utk kita tambah cost spy kita blh text luar negara. Zzzz.. susah la. Maklumlah, hubungan jarak jauh. Haha. Setakat call dan text dalam US, $40 tu kira macam membazir. Validity pula cuma utk sebulan. Lps sebulan, terus expired, orang nak call kita pun tak dapat.
Nombor kedua, kononnya nombor sementara, sebelum beli smartphone. LOL. Tapi habis gak berpuluh dollar utk phone ni. Verizon Wireless, yang ni tak pakai simcard, hp ni mmg dia wireless seperti namanya..nak masukkan simcard pn takda slot. Plan yang saya ambil tu daily plan. Hari kita guna utk call dia charge $2. Hari takda buat panggilan, dia tak charge. Dan bila kita nak SMS pada hari berkenaan, dia tolak 2sen, terima SMS pn tolak 2 sen. SMS ke Malaysia (atau mana2 negara, 25sen).
Yup, dah nampak dua benda yg pelik tu? Either to receive or to send SMS, they will cost you. Kalau orang salah send, kira credit kita akan ditolak juga. Oh tidak, sebab tu antara isu bila duduk sini, ada few friends yg akan remind sy utk tidak hntr SMS ke nombor mereka. Hm..leceh betul..ada ke suruh hantar emel. Aduila, aku pny cellphone ni canggih la sgt. Haha. Lagi satu, kalau sesiapa yg guna plan ada jumlah minute, so tiap kali accept call/make call, minute kita akan ditolak. Entah apa2 je la..
Tak habis dkt situ, kalau kata credit kita dah expired utk bulan tu, so bukan kita je tak blh nk call/text..orang nak contact kita pun tak dapat. even nak hntr mesej pun takkan sampai punya la.
Dah dapat smartphone, sy pun beli la nombor dari company AT&T.. Berangan la nak moden sikit, jadi saya ambil plan $2/day utk unlimited text and call, plus dengan $25 utk 500MB. Rupanya 500MB ni sikit je pun..tup-tup 3 minggu dh habis. Dan dengan plan ni la, saya install MR Number, jadi kalau ada orang text pun, selamat la, dia tak tolak credit utk hari tu..sebab dia block automatic, tapi masih boleh baca text org bagi tu.
Leceh kan? haha.
Eventually, someone introduced me with T-Mobile plan. So far ni plan terbaik pernah saya guna.. Unlimited text and web plus 100minutes. Untuk 3-4 hari guna, memang gembira, sebab boleh text luar negara. Tetiba, tengahari ni dah tak boleh mesej luar. LOL. Sistem dia dah detect ke? Tapi ada additional feature, kita bayar $10 utk unlimited text ke luar negara. Saya tak ambil pun. Malas la. Lagi pun dah pakai smartphone, dan sy punya plan unlimited web. Saya guna Pinger textfree. Kita diberi nombor internet, yang orang boleh reply ke nombor tersebut. Dan kalau ada sesiapa call, dia akan bagi notification, ada missed call. Jadi boleh la kita return call org tu. Mmg free je, selagi kita boleh akses internet. Tapi kekurangannya adalah ada jenis nombor yang tak terima mesej kita walaupun majoritinya boleh. Entahlah, tak faham juga sebab apa.
Cukup lah cerita pasal simkad ni semua. Semoga plan yang ini jadi plan terakhir sepanjang berada di sini.
PS: Seronoknya bila bersolat selepas mandi air sejuk.
No comments:
Post a Comment