Monday, March 19, 2012

Salam Amerika

Duduk seorang tanpa rakan senegara bukan lah satu perkara yang menggembirakan. Sangkaan boleh berdikari pun tidak semudah yang dijangka. Semuanya dirasakan berbeza. Baik bangun tidur, sampai tidur semula, rutin hidup bertukar sepenuhnya.

Bergelumang dengan kerja sekolah adalah rutin penting sepanjang semester.. Ada masa memang nak rebus je nota2 tu.. senang sikit nak hadamnya. hehe. Sekarang ni Spring Break, aku sorang je la yang berjalan.. kawan2 dari universiti lain dah cuti seminggu atau 2 minggu yang lepas. Jadi ziarah2 pn waktu mereka dah masuk kuliah.

Memandangkan pelajar Malaysia untuk postgraduate dkt US ni tak berapa ramai, kami macam adik beradik walaupun baru jumpa.. bukan je dengan pelajar, dengan family yang sudah menetap dan bekerja di sini pun begitu. Hehe.. yang bestnya juga, masa ni la nk rasa lauk yang lain.. entahlah, aku memang malas gila nak masak kalau makan sensorang. Kalau roommate American tu ada dkt rumah, baru la beriya sikit, tu pun sebab feeling tu ala2 chef yg nak bagi org makan..LOL. Kalau harap makan sorang, paling rajin 2 kali makan yang proper.. secara purata cuma sekali seminggu makan berlauk pauk.

PS: kereta tengah repair, leaking tang mana pun tak sure, tapi power steering oil kene isi penuh lps 4 minggu..


No comments:

Post a Comment