Friday, December 21, 2012

End of Year 2012

Hi uols, lamenye xtulis2 kat sini. Bukan da melupakan tempat ni, cume yanie busy cket sejak masuk tahun 2 ni.

Yanie nak cite pasl year end presentation tadi. Too be precise, Yanie baru je lepas present progress report untuk tahun 2012. Sebab kat Japan, akan ada winter vacation so selalunye sebelum 23 Disember kite akan ada presentation pasal kerja2 sepanjung tahun.

Yanie buat presentation pasal Muon Capture Isotope Detection. Uols mesti pening2 kan ape benda tu. Yanie bagi penerangan ringkas pasal presentation Yanie. Saja nak bagi korang pening2 pasal particle + nuclear physics..hehe.

1) Muon adalah sejenis particle yang mempunyai sifat seakan-akan electron tetapi mempunyai jisim  
    200x lebih berat berbanding electron.
2)Terdapat 2 jenis muon iaitu (negative muon dan positive muon), negative muon akan bertindak balas
    dengan target material dan menghasilkan reaction products seperti muon X-ray, gamma dan mungkin
    neutron.

                                              (A,Z)Mo + muon ->(A,Z-n)X' + gamma

Dalam kes Yanie, Yanie gune target material Molybdenum( Z=42). diketahui yang Mo mempunyai banyak isotope (A=87 sampai 117), tapi cume 7 isotope yang stabil dan salah satu darinya adalah 100Mo.  Melalui tindakbalas muon dengan Mo, decay dari 100Mo boleh diperhatikan. Kebanyakan decay menghasilkan 100Nb dan 99Nb.

Walaupun separuh daripada hasil experiment boleh dikatakan tidak berjaya, tapi still berpuas hati dengan result tu. Yanie plan nk test semula method ni thn depan. harap2 berjaya.

Thursday, November 29, 2012

Canada Darul Salji

Bonjour!

Hari ini genap sudah dua bulan saya di bumi bersalji. Sejuknya bukan main, jadi sebelum keluar tu kena pastikan pakaian cukup baik sebelum meredah kesejukan luar. Kalau baju kasut sarung tangan semua ok, memang tak ada masalah pun. Steady je kat luar. It's not about bad weather, it's about bad clothing. 

Brrr. Sejuk -.-

Merentas dua negara dalam masa lebih kurang setahun tidaklah begitu mudah. Walaupun perjalanan kapal terbang cumalah 3-4 jam, tapi terlalu banyak bezanya. Iklim, suasana, budaya sekeliling yang seakan saya melangkah ke suatu tempat yang agak jauh dari tempat lama saya di USA. 

Oklah, kali ini, mungkin saya boleh cerita perkara2 umum yang membuatkan kita terasa USA berbeza dengan Malaysia secara ringkas. 

Pengajian peringkat siswazah: USA terkenal dengan begitu banyak kelas yang perlu diambil di peringkat masters atau pun PhD, kerana mereka menekankan teori dan praktikal dalam masa yang sama, jadi kelas dan research kira 50:50. Berat tak berat, bergantung kepada kekuatan latarbelakang kita di universiti tempatan. Untuk kejuruteraan dan arts, mungkin tidak begitu terasa jauh ketinggalan, tapi bagi mereka yang mengambil jurusan Sains (Fizik, Matematik etc) seperti saya, kemungkinan besar akan merasakan betapa lah jauhnya beza ilmu kita ni dengan mereka. Apa pun, jangan bimbang dengan profesor mereka, secara asasnya kita akan belajar banyak benda. Soalan apa2 pun anda boleh tanya, samada melalui emel, telefon atau berjumpa secara berdepan. Tak ada masalah. Mereka sangat terbuka. Tak ada gap. Konsepnya mudah, "I am paid to teach you", kata mereka. Tak perlu juga bersusah payah nak panggil dengan pangkat yang panjang2. Profesor pn tak pernah claim diri Prof. Dr. X kalau bercakap, paling2 pun kenalkan diri dia sendiri sebagai Dr X. Suasana dalam kelas? Sangat aktif, pelajar boleh bertanya bila2 masa di dalam kelas, profesor akan menjawab dengan terbuka. Umumnya, setiap pelajar PhD perlu melalui tiga fasa, qualifying exams, comprehensive exam dan oral defense. Jadi kalau rasa bersedia untuk rentung dengan buku hari2, welcome to the US grad school. Takpa, ilmu kan berbaloi, belajar banyak2 pun tak rugi kan.

Budaya hidup: Setahun saya duduk bersama Americans, Alhamdulillah ok. Sana sini akan ada greetings. Ucapan "Hello, how are you doin'?" dan ucapan seumpamanya akan jadi amalan harian sepanjang duduk di sana. Americans juga terkenal dengan sikap friendly, jangan pelik kalau anda berjalan sambil memegang kamera di downtown, tiba2 disapa orang yang lalu di sebelah "Hello, good morning! Enjoy your day, I think it's good weather today!". Mereka juga kebanyakannya agak helpful. Saya pernah beberapa kali 'pau' mereka. Hehe, samada nak naik train atau mesin duit tak cukup atau kad tak boleh guna, selamba je la buat muka kesian, dan diorang rileks je tolong! Best! :D Lagipun saya duduk kawasan ala2 kampung, jadi kalau menyusur depan rumah orang, mereka akan angkat tangan dan senyum (yang ni membuatkan saya rasa berada di Malaysia pulak).


Petrol/ Gas: Harga minyak naik turun setiap hari, bukan sahaja berubah mengikut hari, tapi juga berubah mengikut city, dan state. Gas station berdepan pun boleh jadi harga berbeza, ikut kualiti. Oh ya, gas di USA ada 3 gred, RON 87, 89, 93 serta Diesel.. Dekat Malaysia, kereta2 biasa pun pakai RON 95 kan? Syukurlah, minyak Malaysia lebih berkualiti. (saya beli gas RON 87 je).

Cellphone: Biasa dengar istilah unlocked? pernah dengan handphone tak ada simcard? Dekat USA kebanyakannya guna locked phone, samada wireless (memang tak perlukan simcard) atau pun hanya particular simcard boleh guna. Contohnya, Verizon phone berfungsi cuma dengan perkhidmatan Verizon, kecuali anda unlock phone tu, dan boleh gunakan apa2 simcard di dalamnya. 

Return policy: Katalah salah beli barang, dan nak pulang, silakan.. takda masalah. Sebagai contoh, Walmart- kalau dah guna barang tu, dan rasa taknak, boleh pulang. Mereka tak tanya pun, kalau dia kata ada rosak tak, bagitau je takda dan cakap, "Nothing wrong, I just change my mind". Untuk pakaian boleh sampai 3 bulan, untuk electronics boleh return within 15 days.


Bahasa: Sememangnya mereka gunakan English sebagai first language, dan Spanish sebagai 2nd language (hola!). American English berbeza sedikit sebanyak dengan British English, dan segi istilah bagi sesuatu dan cara sebutan. Lebih kurang Malaysia, Indonesia, Brunei la, ada benda yang maksudnya sama, tapi istilahnya lain kan? Kalau datang US sebut bonnet and boot, mmg tak faham la, kena sebut hood and trunk, dan lorry tu kita sebut truck. Bab sebutan pula, water - wader, center- cener, direct (kita sebut biasanya /dairek/ mcmtu kan.. mereka sebut /derek/.  Dan apa yang berbezanya dari satu state ke state lain adalah accent. Memandangkan saya duduk di bahagian South, apa yang saya boleh perasaan, accent mereka lebih beralun2, berombak2. Haha, ada ke istilah tu? Tak reti nak cakap, nak dengar? Give me a call :p. Gurau je. Itu tak masuk dengan cara/dialect orang African-American bercakap (Black), susah nak faham kalau tak dengar betul2., guan- going, me - I dan lain2. Ala, macam kita dengar hip hop, mcm tu la mereka bercakap- peace, yo! 

Penat pula nak buat summary setahun. LOL. Lagipun takda la banyak sangat benda nak kongsi, sikit2 je..lain kali ada masa kita sambung..

PS: I miss the States!




Saturday, October 20, 2012

Fall is in the air

Bonjour (Hye!)

Amacam? Terer tak cakap French. Haha. baru sepatah dah nak kecoh. Province saya duduk ni, Quebec dulu dijajah Perancis, tapi British dapat tawan. Makanya province ni ada dua bahasa rasmi, satu English, satu lagi French. Bahasa Perancis ni memang tak senang la kawan2, sekurang2nya tak semudah English, mahu berbelit lidah menyebut..sebabnya? Sebab ejaannya lain, sebutan lain. Penduduk tempatan pula lebih guna French banding English, ada masanya tak rasa pun macam duduk Canada, malah lebih terasa duduk France. 

Masuk harini genap 3 minggu saya di bumi Kanada. Bumi yang bertukar menjadi sangat sejuk di waktu winter.. jaket pun kene pastikan sebaiknya boleh kebal sampai -40 Celcius. Tak payah la cerita pasal winter untuk entry ni. Mari kita enjoy musim Luruh yang ada dulu. memang ho liaw la sejuk dia. Kalau di US, tengahari mungkin masih boleh pakai baju t-shirt, dekat sini jangan nak tunjuk hero la okay, mau kejung dibuatnya. Ada satu hari tu, saya berjalan ke kampus, tengok semua orang dah masukkan tangan ke kocek, tapi peliknya saya tak rasa pula sejuk tangan ni. Tiba2 teringat kawan saya cakap, "pakai la gloves, jangan sampai tangan tu kebas". Saya pun cuba cubit sikit jari ni, eh2, tak berasa laa.. dah kebas rupanya! Bajet heroin la kann..hahaha.

Indahnya musim Luruh. Inilah gambaran kawasan saya duduk sekarang, tepi  Ottawa River.  Bertukarnya warna daun2 pokok satu perkara yang sangat mengkagumkan. Subhanallah.

Tak pernah rasa apa itu salji, hati ni memang teruja. Dalam pada menahan rasa keterujaan, hati juga berdebar samada boleh survive ke tidak winter Canada ni. Tak terbayang dek kepala apalah rasanya kalau dah cecah -20 sampai -40 darjah Celcius tu. Dekat sini kami pakai humidifier, to control humidity level dalam rumah untuk mengelakkan penyakit berkaitan waktu2 winter yang berpunca dari dry air, contohnya sakit tekak, bibir kering, hidung pn sakit etc. Ni masih kira awal Fall, jadi saya takda la terasa simptom yang pelik2 sangat, cuma bibir memang sangat selalu kering, dan bila sejuk hidung selalu berdarah, bukan la bleeding, darah dalam hidung je, nak2 lagi bila makan pedas. 

Caloo~

PS: Tadi masak petang nasi lemak berayam goreng, untuk Breakfast+Lunch+Dinner. 'Rajinnya' masak.. 


Monday, October 1, 2012

Klinic oh Klinik

Ni Yanie nak cite cket pasal klinik2 kt Jepun ni. Adoyai punye la membina kekuatan mental betul kalau org tu betul2 sakit teruk tau. Klinik2 kt Jepun ni die asing2 kn mana psychiatrist, gynachologist, orthophedic and bla bla bla ( xtau nk sebut term2 bio ni).

Semalam Yanie rs seram sejuk mcm nk demam, yanie pegi la ke 1 klinik ni da cek punye cek last2 skali doktor tu selamba ckp "sy xbole bg awk ubat sebab penyakit awk ni luar bdg sy". semak2 kt internet, rupenye die bidang sakit kaki..isk3 pegi slh timing.

Terpakse la pegi clinic lain pulak..isk3. Sebenarnye bkn dmm teruk sgt pon, cume terkejut dgn typhoon spnjg ari Ahad lepas. tu bdn jd panas tu.

Anyway, rajin2 la cek kt internet pasl jenis-jenis klinik sebelum terjah k.

p/s: kecewa xdpt g USJ ahad lepas sbb typhoon ;-(

Saturday, August 25, 2012

Lebaran Amerika

Tahun 2012 saya beraya di Duluth, Georgia. Jauhnya dalam 2 jam memandu dari tempat saya. Kami puasa 30 hari tahun ni, Malaysia pula 29 hari kerana kami puasa awal sehari. Malam raya saya ikut Kak As berbuka di rumah Kak Zam..makan nasi beriani dan mee rebus. Seronoknya! Tak pernah buka malam raya dekat rumah orang..haha. Kak Zam ni Melayu Pahang yang nikah dengan orang Jamaica, taktau la akan balik Malaysia atau duduk sini sampai bila2.. Anak ada 4, masih kecik2 dan semua hero..hehe.

Walaupun ini tahun kedua saya beraya di US, tahun ini lah saya betul-betul beraya. Tahun pertama saya beraya dalam kelas. Memang tak best la. Apa yang bestnya beraya sorang2. Maka kali ni saya dah plan supaya dapat beraya dengan Malaysian yang lain, jadi sehari sebelum raya, saya ke rumah Kak As..menu bukan calang2. Banyak! Ala-ala open house. Ketupat, lemang, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal goreng, laksa johor, soto. 

Pagi2 dalam 7.30 pagi kami bergerak solat Raya dekat dewan yang ditempah khas. Solat raya dibuat dua kali demi memenuhi keperluan jemaah. Lepas solat raya ada disediakan breakfast. Makanan mana tak dapat dipastikan, tapi kemungkinan Pakistan. Balik rumah bersiap2 di dapur dan mula terima tetamu dari jam 11.30pagi sampai lah ke malam. Penat tak boleh cakap la..tapi takpa, sehari tu je pun..

Esok pagi sempat tolong Kak As tanam pokok pisang yang kawan dia hadiahkan semalam. Saya bergerak pulang ke rumah jam 5 petang. Singgah department untuk ambil surat dari New York. Ada lagi  dokumen yang mereka perlukan.. dan medical exam jugak! Huaaa.. kena pergi klinik panel pula tu, bila semak list dalam website, paling dekat di Atlanta, Georgia. Ulang alik lagi! Jadi saya buat appointment dengan klinik tu hari Rabu..dan selesai semuanya pos ke mereka semalam..harap2 takda masalah lagi. Insha Allah tahun depan raya di tempat baru pula :)

Kalau dah transfer gambar raya akan saya upload sikit di sini..

Friday, August 10, 2012

Sacramento dan HPS

19hb Ogos yang lepas saya berlepas terbang ke Sacramento, California. Keesokannya adalah 1 Ramadan 1433H. Tujuan ke sana untuk hadir satu persidangan, Annual Meeting of Health Physics Society. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, tak ada masalah untuk mengikuti conference tersebut kerana lebih banyak stay indoor. Syukur juga sebab pergi tu dengan bertaja memandangkan HPS tawarkan Travel Grant, dengan tugas menjadi AJK mereka. Tambahan pula jabatan tempat saya belajar memberi bantuan elaun makanan sepanjang berlangsungnya conference.

Sacramento tu ibu negeri California, sibuknya lebih kurang Atlanta, Georgia. Suhu di sana tak jauh beza dengan tempat saya belajar. Namun suhu kepanasan mereka berpanjangan sehingga sekarang.. itulah fenomena alam yang melanda bumi Amerika Syarikat disebut heat wave. Panas jangan cakap la. Sudahlah panas, sangat kering pula di California tu.

Dua hari awal saya luangkan masa bersama satu keluarga Melayu yang duduk di bandar ini. Mereka bawa saya ke San Francisco pada hari kedua. Walaupun berjalan-jalan dalam puasa, tak berapa terasa letihnya kerana terpersona dengan keindahan SF.. Cantik, sejuk, nyaman dan tenang.

Saya ditempatkan dalam team Speaker Ready Room. Bilik yang dikunjungi oleh setiap pembentang dan pengerusi sesi pembentangan untuk melapor diri dan menyerahkan presentation file mereka. Sibuk boleh tahan, namun seronok. Banyak benda saya belajar, macam mana bekerja dengan kesemuanya Americans, dan bagaimana mereka mengendalikan satu persidangan bertaraf antarabangsa. Walaupun dah duduk sini hampir setahun, tapi memang ada masanya penat dan terasa tepu dengan input seharian sampaikan bila cakap dengan orang pun sendiri terasa gagap bila speaking. Ahh, hantam je la.. apa kisah pun. Dalam pada penuh jadual dengan conference, sempat juga merayap kejap ke California State Railroad Museum.

Nak cerita panjang pun tak berapa nak rajin, tengok je la gambar2 di bawah ni..


















Saturday, June 30, 2012

Tiramisu Medley Berry :p

Hey y'all,

Semalam dengan kagumnya boleh cipta sejarah buat kek tiramisu.. sedap tak sedap lain cerita la..yang penting tu lah kali pertama saya buat kek! Haha.. Bakar kek tu satu hal, dah la tak penah membakar kek, tak ikut betul2 pn instruction utk baking tu.. rasa mcm terlebih bakar..dan kek tu mcm keras sikit..erm, takpa la..nak sedapkan hati, saya simpan dulu dalam fridge..Lps isyak saya turun dapur lagi..masa nak potong kek tu utk buat layer tiramisu, tetiba ketawa terkekek2 sensorang dekat dapur..hahahahaha..oiii kek aku keras oi! Sy tak guna devil food pny pack (ala2 kek span)..tapi jenis brownies. Oh tidak..hantam saja la.. bila dah perasan (tu pun sebab call kawan), moral down betul lah..tapi takkan la nak buang pulak..Dah siap topping tu sy simpan dalam fridge je dengan perasaan ala2 'apa la rasa tiramisu nih..isk2'.

Honestly speaking, I was firstly kinda afraid to eat it even it was actually edible. I had no appetite because I was pretty confident it'd taste bad. Comot tu takyah cakap la. Topping tu pn rasa nak taknak je buat..Tapi entah mcmana, petang tadi turun dapur tetiba je sudu dah kat tangan..haha..apa lagi, makan je ler, tu pun takut2..mengarut je la kan. Suap satu..ehh, hahaha..not bad lah. Pastu sudu lagi satu, dan satu lagi..ehehe..oh rasanya tidaklah mengerikan..Sedap jugak..Perasan!

Lepas tu saya simpan semula.. Tiga sudu cukup la. Kenyang..saya boleh makan cream cheese, tapi tak boleh banyak sangat sebab cepat muak. So esok fikir nak bagi neighbour sikit, kami baru berkenalan past two weeks, she is a Nigerian. Biasalah, dah duduk apt macam ni.. Kadang2 jiran pun tak berapa nak kenal.

Dan ini link utk video youtube rujukan saya:



Tuesday, June 12, 2012

Alhamdulillah

Fuhh.. lame rasenye Yanie xtulis2 kt page blog ni. Maklumlah sejak dr bulan 5 tetamu xputus2 dtg rumah yanie. ( p/s: Yanie fikir nk bukak travel agensi la kt Japan..haha). Lepas tetamu semua balik, Yanie plak berkerja keras untuk ke Conference dan mid sem test.

Memang mcm xcukup kaki tangan di buatnye. Hari ni last Yanie ade oral test, so far Yanie rasa OK dan relieve sebab.. banyak sebabnye (1) mid sem da habis (2) da dpt result dah pun (3) presentation conference Yanie dapat feedback yang diharapkan..weehuu.

Semalam rasa macam xboleh tidur je lepas presentation..haha. Yanie mmg kadang2 over excited sikit..hehe sorry. Yang lebih bestnye, Yanie sempat jugak jalan hiburkan hati sebelum kena present conference. Conference Yanie kat Nara, Japan. Nara memang terkenal dengan taman rusa (shika, 鹿) atau to be specific Daibutse den, Nara. Perjalanan dari Osaka ke Nara amek masa dalam 2jam sebab kena tukar train. Tapi kalau dapat naik train rapid express boleh minimize sikit masa perjalanan.

Memang banyak rusa yang berkeliaran kt Taman tu. Peniaga- peniaga shika senbei (makanan rusa) nampaknye semakin kaya..haha tah ape2 tah observation Yanie ni.


Ha camni la rupe rusa dari dekat, tanduk die nampak macam palsu je. Yanie try jugak pegang tanduk tapi kena sondol dengan rusa..haha. Takpe next time Yanie beli shika senbei k, baru rusa suke kt Yanie..hehe.

Tuesday, May 15, 2012

Glad it's now over

Howdy y'all. 

I just got an email confirming that the paper I submitted for publication last month has now been accepted. Alhamdulillah. It such a big relief indeed because after three times correction eventually the reviewers satisfied with my work. Well, it is actually just a very preliminary study that I did for my masters dissertation but I think it's kinda a good practice to start publishing our research work in a good journal. There are two papers I wrote for my masters, the first paper was published this past year in the International Journal of Physical Sciences (5-Y IF: 0.675) and the recent one will be published soon in the Journal of Environmental Radioactivity (5-Y IF: 1.484).

Also, I am waiting for a part-time job offer..any job to do over this summer before flying out to Sacramento, California. Ada siapa2 nak offer? Heh. 



P.S: Happy Teacher's Day! This song is dedicated to my mum. Enjoy listening!

Friday, May 4, 2012

Kenduri usai peperiksaan

Alhamdulillah, pertamanya syukur final exam went well for both papers, Chemistry and Engineering. Walaupun ada beberapa perkara yang menganggu, tapi syukur dapat juga atasi walaupun rasa lelah tu ada nak menempuh. 

Untuk Aqueous Chemistry, soalan boleh tahan, tapi tak sure la boleh skor A ke tidak, tapi untuk Environmental Engineering, insha Allah probability untuk get an A tu macam ada. hehe. 

Hepinya ada kenduri lepas exam! Harini lepas exam terus ke rumah Boshra & Mohammad, satu family dari Arab Saudi. Masak2 la kononnya.

Saya masak cumalah jemput2 bawang bilis.. tu pun tak jadi sangat.. keras sikit, tapi rasa tetap ada la, haih..time nak bagi orang makan leceh pulak nak adjust lembut dia tu (bajet kalau makan sendiri jadi la tu. lol). Walaupun tak jadi sangat, ada juga yang beriya makan, Brian! LOL, he's one talented young scientist dekat dept tu, muka pun ala2 Harry Porter pny pelakon..:) 

Boshra masak nasi beriani dan ayam berempah. Oh ya, dan juga basbusah..pencuci mulut yang manisnya cun2 sahaja, tak macam sesetengah dessert yang kadang2 tu manis sampai tak boleh nak makan. Memandangkan sebelum masuk exam pagi tadi memang belum makan, jadi perut ni memang tunggu je la waktu2 makan yang menyelerakan ni.

Kami masak bukan saja2, dan memang takda suruh pun. Makanan tu sebenarnya nak di bawa ke kenduri (celebration party) meraikan kawan-kawan yang dah selesai exam, dan yang lebih special, untuk mereka yang bakal grad minggu depan bagi PhD dan MS. Kami luang masa di sana dalam 2 jam. Tapi memang seronok sangat, dapat jumpa semua kawan2 group research, wife and husband ahli group, anak2 mereka. Dalam masa sama, ada juga yang main ala2 flying fox. Cool kan? 

Makanan pun banyak, tapi saya takda la beriya nak makan yang dihidang, lebih kepada nak isi perut dengan makanan yang kami sendiri bawa. Berbual dengan ramai orang, bermain dengan baby dan anak2 kecil sahabat taulan cukup melegakan kepala yang sarat dengan pelbagai macam.

Alhamdulillah. I am so blessed to be here, and it is so good to have them around along this journey. 

Sunday, April 29, 2012

Berkat buku

Dalam entry "Air Pollution Expert" saya ada ceritakan tentang seorang profesor yang mengajar saya semester ini. Suatu pagi selepas tamat kuliah, saya datang bertanya tentang hal kuliah (tapi saya tak dapat mengingat apa isi pertanyaan). Di sisi beliau ada textbook yang digunakan bagi kursus ini. Buku milik beliau sendiri. Sebenarnya saya telah pun dapat meminjam dari Cooper Library, edisi ke-2. Yang terkini mungkin edisi ke-4. Tak semena-mena, beliau menawarkan buku itu kepada saya, untuk digunakan sepanjang semester. Tanpa berfikir panjang saya menerimanya, walaupun semacam mamai tatkala profesor menyerahkannya. 

Sambil melangkah pulang, saya membelek buku tersebut, oh, edisi ke-3. Memandangkan edisi yang saya ada waktu itu 2nd edition, dan buku itu terhad di perpustakaan, saya mengambil langkah memulangkan buku yang saya pinjam supaya pelajar lain dapat menggunakannya. Saya? Saya boleh gunakan buku profesor itu. Buku tersebut memang saya manfaatkan, walaupun tidaklah terlalu kerap, namun buku tersebut semacam memotivasi. Buku tersebut sudah pun diconteng pensil oleh profesor tersebut, terdapat tanda komen dan nota di sana sini. Wah, teliti benar profesor ini, hatta rujukan akhir chapter pun semuanya bertanda menandakan setiap rujukan tambahan semuanya sudah dirujuk, pada tanggapan saya. 

Jumaat lepas saya menghantar emel bertanya soalan, beliau bertanya lokasi saya, mungkin beliau lebih senang memberi penerangan berdepan. Jadi saya pun bergerak ke jabatan. Setelah berbual tentang hal pelajaran, beliau bercakap tentang buku yang dipinjamkan tersebut. Pada mulanya saya fikir beliau benarkan saya menggunakan buku itu sehingga akhir exam. Namun tidak, ini jawapan balas emel beliau, lanjutan daripada emel saya pagi tadi memaklumkannya saya memilih untuk memulangkannya setelah selesai peperiksaan akhir.

You may keep the book forever. It is old and the 5th edition will be out by next year. I don't need to keep it.



Rasa gembira tiba2. Alhamdulillah, ada juga orang nak sedekah buku. Hehe, saya bukanlah pelajar terbaik kelas beliau, itu saya pasti, markah saya banyak hilang akibat careless mistakes. Haihlah.. entah bila nak skor pun taktau lah. Erm, dan saya juga bukan juga pelajar yang suka bertanya dalam sesi kuliah. Saya lebih selesa bertanya selepas kelas, dan mengirim emel. Soalan yang saya emelkan tak sekadar terhad untuk material kuliah, tapi lebih dari itu. Saya fikir bertanya itu hak pelajar, dan guru yang baik pastinya berlapang dada menerima soalan. Semester lepas saya mengambil kursus beliau yang lebih sukar dari semester ini. Sesat dalam lautan ilmu itu berlaku bukan sekali dua. Saya pernah nyatakan dalam emel, meminta maaf kerana seringkali berasa ketinggalan. Ini jawapan beliau.

You are doing the correct thing - ask questions!

Maka sedari itu, banyak la soalan yang terlintas di kepala ini saya tumpahkan dalam kiriman emel. Beliau adalah insan pertama memberi saya keyakinan supaya tidak takut bertanya, tapi bukanlah beliau seorang, penyelia akademik dan profesor Kimia saya juga sedemikian! Indahnya hidup sebagai pelajar. :)



Saturday, April 28, 2012

Syair sabar Syeikh Ahmad

Saya kongsikan satu syair yang diberikan abang saya, hasil tulisan Syeikh Al-Allamah Az Zaki Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al Fattani, Kaherah Mesir, 1876 M. Beliau adalah satu-satu pelajar Melayu ketika zamannya menuntut di situ.



يَا قَلبُ لاَ تَيئَسْ تَنَلْ مَا تَرتَجِي *  وَارْجُ الإلَهَ بِحُسْنِ ظَنِّكَ وَاصْبِرَا
فَالصَّبْرُ مِفتَاحُ القُفُولِ وخَابَ مَنْ * مِنْ مُزْعِجَاتِ مُنىَ الفُؤَادِ تَضَجَّرَا

Maksudnya:

"Wahai hatiku, jangan gusar atau putus asa, kelak akan kamu peroleh maksud mu.Berharaplah pada Tuhan mu, dan bersangka baiklah atas segala takdir-Nya, dan hendaklah kamu banyak sabar terhadap-Nya.  
Sabar itu kunci segala kejayaan, keluh kesah membawa kepada kerugian. Maka janganlah engkau mengeluh ketika diuji dengan ujian yang menikam ke dalam lubuk hati"




Monday, April 16, 2012

Menghitung Hari

Salam,

Diam tak diam, dah 38 minggu saya pregnant!!! Expected due on 2 May 2012. So bila2 masa je baby ni boleh keluar.. Takot! Doakan lah bila tiba masanya nnt, sumenya berjalan lancar ok! *wink*

Sepatutnya saya dah xperlu datang college dah minggu ni.. Dh kena berehat2 di rumah.. Tp minggu ni sy still dtg.. Nk uruskan proses cuti saya..
Sesampainya di ofis, kawan baik sy, yg duduk sebelah meja sy, a Mexican guy (M), terus tego sy:

M : Hi! Why r u still here????
Saya: Why? I cannot come to the college?? (sambil tergelak2)
M: No, No ! I mean u suppose to be at home. Resting. When is your baby due? When do u want to hv ur leave actually?
Saya: (Menjawab sume persolan dia & berkata.. ) U know what, it's good to hv a lot of walk. They said I can deliver the baby easily
M: Ok. If u said so. (Terus sambung buat keje, tanpa pedulikan sy)

Terdetik kt hati, knp pulak mamat ni kan, cm emo tetiba.. Tiba2 post doc (D) pulak dtg

D: Hi! Can I borrow you diamond cutter?
Saya: Yes. Sure (sambil keluarkan n bg kat dia)
D: Btw why r u still coming? U don't have to come you know. I know u must walk, a lot, these few days, but not to here.
Saya terus buat muka puzzled.. huhu..

Tiba2 M terus bgn dr tempat duduk n ckp

M: That's what I said to her D! But she won't listen. U know what? If suddenly u r going to give birth here, I'm not helping you! I m not ready for that situation! No! No! No! (sambil tergelak)
D: Nvm M, we can just call the ambulance
M: No! Its not that easy. Maybe we can say we'll call the ambulance etc., but when the real situation happen, we might stuck & panic! Pls, go back & hv a rest. Hahahaha.

Sekali, member lain pulak tego

C: Hey, u r very courages my dear.. very.. and don't said u r having a contraction now, I might be deaf!!!

Kah3. Lawak gile dorg. Memandangkan kt opis ni sume laki, sume jd panic bila tgk aku dgn saratnya masih ke opis. Pdhal masing2 dh kawen n ada yg dh ada anak pon. Tp maybe btol itu detik yg mencemaskan kot. Kah3. Ok friends, Thank you very much for your concern. Sy nk balik dh ni. Esok xdtg dh opis melainkan ada benda penting. Hehehehe.

p/s: Sekarang cepat penat. Mls nk bt pape. Bila dh bosan sgt br lah berFB tu pon seminit dua.

Oh. Lupa duit j.azri lom byr. Dh la byk lak tu. RM20. hehehe.. Sorry J! i'll make sure i pay your money ok :p

Thursday, April 12, 2012

Main Doktor-doktor

Hi uols, entry kali ni yanie nk cite pasal main doktor-doktor. Mesti korg pelik kn mcmane nk main doktor-doktor. Ni bukan permainan zaman kecik2 dl tau pakai stetoskop mainan, jarum injection and etc.

Sesape yg studi kt Japan akan ada Semesterly(ade ke perkataan ni?) medical check up. yg bestnye kite bole test sendiri kesihatan kita except utk X-ray & urine test. Yang pastinya dlm 10 min kita bole settle medical check up tanpa perlu beratur panjang. tapi of course dgn pantauan medical staff la.

Yanie rs IPTA & IPTS patut ikot style mcm ni la sbb student xperlu berpuasa smpai tghari kalau queue panjang sebab setiap student di beri peepole ( mcm ala2 test tube gitew) supaya dtg terus cek yg cuma mkn masa 5saat.





             takyah risau air kencing tumpah sebab mmg sgt ketat & selamat.


Kalau dulu kt Malaysia Yanie teringin nak test barang2 kt klinik tu, skrg dah tercapai la. mungkin akan borg plak kot sbb ade lg 4semester nk kena buat medical check up. Or maybe balik ni yanie tukar ke medic course plak, al maklum da practise setiap sem..hehe.

Sekian saja, post untuk kali ni..hehe sori yanie bz cket sejak jd doktor ni..hehe.

p/s: praktis jadi doktor kesihatan bukan jd drug addict ok.


Negara bersih rakyat sihat..

pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Wednesday, April 11, 2012

Air pollution expert

Sejak malam tadi angin bertiup kencang, sejuk bukan main, semacam musim sejuk. Berlarutan sampai ke siang ni. Syukurlah kelas semester ni semuanya di kampus utama. Jika saya naik bas, tempoh perjalanan sekitar 25 minit. Bas awam yang cantik dan khidmatnya percuma. Ya, percuma. Kekurangannya bila waktu cuti, kampus cuti, dia pun cuti juga. Itu antara faktor saya memilih untuk membeli kereta. Kalau ke department saya sendiri, memandu kereta sahaja sekitar 20minit, jika naik bas dan van masanya pasti lebih panjang, 50minit. Seawal semester 1, pengalaman ke kuliah di department sendiri pada waktu Fall memang sedikit mencabar. Untuk kelas jam 9, selewatnya saya perlu keluar ambil bas pada 6.50 pagi dan azan subuh pula sekitar 6.25 pagi. Pernah juga dengan timing sebegitu, masih tidak dapat hadir ontime, disebabkan muatan van melebihi had orang.

Masuk kelas siswazah memang adakalanya menggerunkan. Lebih2 lagi jika kelas tersebut wajib diambil oleh semua pelajar siswazah. Kelas memang penuh la, ada la kira2 40 orang. Seram tu bukan kerana kandungan kursus sahaja, tetapi betapa kagumnya dengan potensi para pelajar MS dan PhD di dalamnya. Haha. Sekali bercakap, ada yang berdezup2. :). Kita pula terkedu2. LOL.

Dr.Overcamp adalah profesor yang saya ikuti pengajiannya pada kedua2 semester bagi kursus 802 dan 601. "He's an air pollution guy.."beritahu Tim (advisor saya) di suatu pertemuan mingguan. Ikut umur memang dah pencen, tapi sambung lagi perkhidmatan. Untuk kelas beliau, kami disediakan buku nota untuk slide powerpoint bagi keseluruhan kandungan kursus. Buku tu boleh dibeli di sebuah kedai buku/photocopy di downtown. Apa yang mampu saya katakan, beliau adalah profesor bertaraf lima bintang pada saya. Cukup patuh masa, material course pun sangat tersusun tak kira untuk hardcopy atau secara online di BlackBoard, selain terlalu mudah untuk dihubungi. Beliau antara profesor yang tidak memerlukan pelajar membuat temujanji sebelum berjumpa. Kami dipersilakan datang ke pejabat bila2 masa. Saya jarang2 datang pejabat untuk bertanya soalan, apa yang selalu saya buat adalah menghantar emel (itu adalah option lain yang beliau tawarkan kepada pelajar). Kebanyakan masa, emel saya dibalas dalam masa singkat, selang 5 minit, 10 minit. Paling lama pun mungkin dalam masa sehari.

Sebelum kelas bermula, beliau akan pulangkan semula kerja sekolah para pelajar, sebut nama dan serah kepada mereka. Tapi entah kenapa dan sebab apa, beliau tak pernah sebut nama saya, walaupun sekali! Tau2 je kertas dah depan mata untuk dicapai. Oh tidak, kenapa? Haha. Susah ye nak sebut nama saya? Heh, takpa la prof, hamba ok je.. asalkan tuan hamba sudi bermuridkan hamba. :p

Setiap minggu ada homework.Siapa hantar lambat tanpa excuse, penalty 10%. Hehe. Memang dah macam budak sekolah. Hari2 mengadap buku dan menekan calculator. Exam pula ada 4, Exam I - III dan Final Exam. Apapun, saya pasti akan menghargai pengalaman2 ini.

PS: Teringat betapa berbelitnya lidah dalam kelas Aqueous Chemistry nak menyebut montmorillonite. Cuba la, amacam? 



Saturday, April 7, 2012

Adorable Professor

Semester ni saya ada ambil kelas Aqueous Chemistry. Jangan tanya la susah ke tak. Hahaha. Kadang2 duduk dalam kelas tu, macam kelas muhasabah diri. Insaf! Betapa la kerdilnya diri ni..

Tapi ada satu faktor penting yang membuatkan saya masih mahu belajar dengan baik. Faktor pensyarahnya. Kelembutannya mengajar, kesungguhannya menanda dan memberi komen atas setiap kerja pelajar, ketegasannya dengan masa, kebaikan budi bahasanya dan betapa dia begitu menghargai setiap soalan pelajar. She is so inspiring!

Satu pagi saya tidak hadir dalam kelasnya. Keesokannya, saya berjumpa dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku. Beliau mendengar dengan cukup baik. Selepas itu beliau terus mengambil kertas, dan berkongsi apa intipati kelas semalam. Kertas itu kemudiannya diberikan kepada saya. Tulisannya sebiji2. Kalau saya post di FB dan jadikan teka teki milik siapakah tulisan itu, mungkin tiada yang mampu meneka itu tulisan seorang profesor!

Beliau juga pernah menghantar emel kepada saya, meminta saya berjumpanya di suatu petang, semata-mata untuk memastikan saya faham dan dapat mengikuti kandungan kursus. Apa alasan yang munasabah untuk saya tidak menumpukan perhatian kepada kelas beliau? Tiada apa, selain berusaha sebaik mungkin meletakkan diri setahap dengan pelajar lain yang sudah belajar Kimia bertahun2.

Kelmarin selepas kelas kami berbual, beliau bertanya apakah singkatan MD yang ada pada nama saya itu diklasifikasi sebagai middle name. Saya pun menjelaskan itu adalah last name saya, dan ia singkatan kepada Mohd. Di Malaysia tiada penggunaan middle name. Jadi sebagai jalan ringkas, saya tunjukkan bahawa pihak universiti meletakkan tanda sengkang (dash) pada dua nama ayah saya supaya tidak terkeliru.

Saya juga memberitahu beliau, jika beliau mengajar di Malaysia, kami akan memanggilnya Dr. Cindy, dan bukannya Dr. Lee. Beliau membalas, interesting! Kemudian beliau menyambung perbualan, di belah South ni, anak2 kecil memanggil orang dewasa berpangkat pakcik dan makcik dengan first name. Cth, nama penuh jirannya adalah John David, maka mereka akan memanggilnya dengan panggilan Mr. John. Keadaan ini berbeza jika berada di utara US (North), mereka akan memanggil orang itu Mr. David (panggil dengan last name lebih polite). Jadi di south ni, orang2nya lebih santai.

Berkenaan dengan accent pula, saya fikir belah2 bawah US ni lebih berlenggok berbanding belah atas. Andy, seorang bekas profesor yang sekarang bekerja sebagai pengarah di sebuah jabatan kerajaan di New York pernah memberitahu saya, "the American South is almost like a different country that just happens to speak a variety English".

PS: Kalau berkesempatan, saya akan tuliskan corak pengajaran pensyarah di sini..

Mendeley

Seminggu lepas abang saya perkenalkan blog seorang pensyarah, Dr. Othman Talib, klik di sini. Saya pun baca la cari info yang menarik. Apa yang menarik minat saya adalah tentang Mendeley, satu perisian berlesen percuma, untuk organize reading material kita.. serupa la macam EndNote, RefWorks etc. I have been using EndNote since 2010, it is pretty cool. But no joke, this Mendeley is indeed super cool. Let's switch together and start using Mendeley!

Silalah sign up, dan install Mendeley Desktop, so boleh guna offline. Kalau taknak guna Mendeley Desktop, boleh terus guna Mendeley libarary secara online. Kita juga boleh import data2 di EndNote ke Mendeley dengan mudah. Cakap pun tak guna, haha, cuba laa. :)

Ini snapshot Mendeley Desktop saya..







Friday, April 6, 2012

Easter Hols!! Yeay!

Hi Everyone,

Yup we are now on Easter Break, from April 5th to April 10th. Yeay!!.. Super excited!.. At last there's a break after all these while; thinking, experimenting, depressing and the list goes on..

However, suddenly I feel lonely.
My husband has gone to work - will be back not until midnight.
My friends did invited me this morning to take a stroll, watching the Greenwich line - but I am soooooo lazy to go out, plus with my 'super heavy tummy' now, leg cramping etc. makes I want to stay home, more.
I had called my family, but then, I still feel empty.

As a conclusion..
Missing everyone - family - friends in Malaysia (in Japan & USA are included as well) - the foods, more! - what else?? hurm...

What else to write? Suddenly I don't know what to write. I thought of sharing something but I have forgotten because I am too into my emotion right now.
So I guess I'll stop here for now. Will continue writing when I have something useful to share with you guys.

Oh! Btw, just remembered something, Fahrin Ahmad will come to London to play Rugby tomorrow for Easter Games organized by Kelab Umno London! Triple Yeses! I will definitely go and watch him play.. hahaha.. I'll show you the picture later :p (suddenly I've started smiling)

p/s: My English writing is not that good. But it is worth to give a try, writing in English. at least to practice.. Anyone has comments on the grammar, vocab, or others are allowed to give one so that we can discuss.

Muahs!

xOxO


Sunday, April 1, 2012

Bateri oh bateri

Kali ni dah kali kedua rasanya, bateri utk air conditioner controller di luar bilik saya lenyap dari pandangan zahir atau maya. Ikut hati nak jugak sumpah2 dengan nada kuat dalam bahasa Melayu. Tapi malas la nak kecoh2.. Asal bateri takda, panas.. asal panas sangat, bateri takda lah tu. Haha. Saya duduk dengan dua orang American dekat rumah ni. Mereka baik je.. yup selagi tak menyusahkan hidup saya secara berlebihan. Memang la ada makan hati sikit2..well it happens.

Saya memang jarang buka aircond bilik ni. Entahlah, lagi selesa guna kipas untuk kebanyakan masa, lebih2 lagi kami baru je meninggalkan musim Winter. Ok, saya mengaku je, ay memang tak berapa tahan sejuk. Kadang2 tu boleh jadi emo semata2 tak blh nak tahan kesejukan yang melampau. Tak mampu nak buat kerja kerana tak tahan sejuk. Rumah ni punya aircond (sini mereka panggil AC je), ikut sistem unit sini la, farenheit. Dan waktu winter tu, ada la beberapa kali rasa mcm terganggu dek kerana orang bawah (2nd floor), minta saya set AC tu sekitar 68-72 je. Tak kira la setting utk heat/cool. Bila saya tak on, diorang pula sibuk on kan.. Aduila. Hoyya, kau tau tak, kalau duduk 3rd floor ni, letak 68 tu serupa macam tak buka heater? Sejuk amat oi. Dan mereka tak sedar agaknya, yang kat bawah punya panas tu lebih daripada kat atas ni, walaupun kami set di degree yang sama. Mungkin sebab 2nd floor system tu combine sekali dengan 1st floor. 

Disebabkan tak setuju dengan setting 68-72 F sepanjang masa, saya beli je heater kecil. Puas hati. AC bilik saya tak bekerja untuk beberapa bulan lamanya. Sampai la tiba waktu Spring (season of the year..what a lovely season!). Terima kasih Yanie sebab menenangkan suhu kepanasan saya. Saya dah pun beli bateri baru..dan saya tampal sekali note dekat controller tu. "Please do not remove batteries. I do not have extra ones".


PS: Ini lagu zapin Yaladan..susunan pantunnya memang cukup cun ;)




Good night / morning =)

Salam!
Hurm.. Rasanya saya la org yang paling lambat update blog.. Busy?? Memang tak lah.. busy body je lebih.. hehe..
Sekarang di Kota London jam 2:07 am. Mata dah mengantuk tapi x boleh tido lagi.. Maybe sebab siang tadi dh tdo lama??? Err.. Maklumlah.. weekend.. waktu utk merehatkan diri sepuas-puasnya..
Tiba-tiba tergerak hati untuk update blog ni.. Kawan-kawan yang lain dah mula tanya kenapa saya sorang je yg x update2 lagi.. heh.. Dan barulah saya tahu saya agak buta IT.. err.. T.T .. Mungkin sebab usia dah meningkat ni.. hahaha.. Nak update blog xtahu macam mana.. Punya la menggodek2 sana sini akhirnya berjaya jugak.. Dah la email Gmail pon xda.. So guna lah akaun yang kawan-kawan ku yang baik hati ni buat.. hehehe..

So, utk 1st entry ni, saya nak share something.. Maybe quite useful for us.
Sabtu baru ni, kawan saya organise kenduri kesyukuran utk family dia.. After all the hardness she had been through in her PhD journey, Alhamdulillah, jalannya semakin dipermudahkan.. So dia pon bt lah kenduri ni..
On that day, we had bacaan Yasin and a short tazkirah given by our senior.
Perkara yang nak dikongsikan adalah isi tazkirah ni.. Maybe bunyinya simple, atau biasa kita dengar, tapi disebabkan manusia (atau saya sebenarnya) senang lupa dan bila dengar tazkirah ni, terus masuk dalam hati dan minda gitu.. hehehe..
Quote : " Setiap kita akan diuji olehNya. Kadang2 sampai kita doa 'kenapalah aku diuji sampai begini?'. Tapi kita kena ingat, dugaan & ujian yg datang tu x akan diberi kalau kita x mampu menanggungnya. "

So kawan-kawan, insyaAllah, sehebat mana pon kita diuji dengan macam2 masalah semasa belajar ni, ujian ini lah yang akan membuatkan kita menjadi insan yang lebih baik dan berkualiti :) - *peringatan utk sy juga.

Nota kaki: Kalau rasa stress, kongsilah dengan kawan2.. akan mengurangkan lg beban tu.. dan ajaibnya rupanya hampir sume orang rasa apa yg kita rasa.. so, kita x la rasa keseorangan bila ada certain problems.

Nota kaki-kaki (heh): Nama pena sy lom difikirkan lagi.. Survivor Malays ni nama pena general kami bertiga.. Saya akan fikirkan nama yg best & vogue dr yanie n jazri.. kah3.. Ok lah.. Mau tdo.. Lewat sudah.. Good night all! Cheers!

Where to start???hurm..

Hi uols, Yanie in the house. maybe tak terlampau lambat utk yanie ucap  ようこそ !! maksudnye selamat datang ke blog kami. Sebenarnya da lameeeeer terfikir nak tulis cume maklumlah rumah ramai tetamu kenalah delay.. delay.. dan delay.. Sorry guys.

Lepas 6 bulan kat Jepun, baru dapat tajuk Phd? uols jangan risau ini adelah perkara biasa utk student2 yang enrolment bulan 10 @ call as Fall semester kat sini.

Nak tahu sbb ape? sebab tahu Fiscal jepun bermula pada 1 April iaitu hari ni. So budget2 kerajaan akan diluluskan untuk projek2 pembinaan ataupun research. Tapi bknlah Yanie suruh relax2 6bulan tu k. Xmo.. Xmo.. buat review pasal labmateS punya research. Pastu concentrate pada topic yg uols paling suke.

Itu cite bile belom dapat tema @ tajuk. Bila dah dapat plak laen ceritanye. Progress.. Progress.. dan Progress.

Takot kn??

Ape yg dimaksudkan dengan progress? Itu yg kite kena tahu tu. Progress dlm research ni xde la require kite nak ade result setiap hari. Biarpun progress tu xbyk tp at least ade la sikit2 pertambahan either dari segi teknik experiment ataupon teorinye.

Apa2 pun jangan stress2, take your time to digest everything. InsyaAllah everything is going to be the way it is.

P/S: Kos yang perlu ditanggung oleh keluarga mangsa bunuh diri (kat jln keretapi) di Jepun adalah dlm anggaran USD 80000. So bile stress pegi shopping, jgn bunuh diri tau.. da lah mahal, berdosa plak tu.

Saturday, March 31, 2012

Simcards

Dalam masa 7 bulan, saya ada empat nombor US. Bukanlah disebabkan suka bertukar nombor telefon, tapi memang leceh sikit la sistem telefon kat sini..

Nombor pertama untuk unlimited text and call. H2O. Bukan setakat text dalam usa je free, tapi jugak blh text luar negara unlimitedly. Lepas 3 bulan guna, tup2 tak boleh lagi SMS luar negara. Dah la tak boleh text luar, dia takda pun bg option utk kita tambah cost spy kita blh text luar negara. Zzzz.. susah la. Maklumlah, hubungan jarak jauh. Haha. Setakat call dan text dalam US, $40 tu kira macam membazir. Validity pula cuma utk sebulan. Lps sebulan, terus expired, orang nak call kita pun tak dapat.

Nombor kedua, kononnya nombor sementara, sebelum beli smartphone. LOL. Tapi habis gak berpuluh dollar utk phone ni. Verizon Wireless, yang ni tak pakai simcard, hp ni mmg dia wireless seperti namanya..nak masukkan simcard pn takda slot. Plan yang saya ambil tu daily plan. Hari kita guna utk call dia charge $2. Hari takda buat panggilan, dia tak charge. Dan bila kita nak SMS pada hari berkenaan, dia tolak 2sen, terima SMS pn tolak 2 sen. SMS ke Malaysia (atau mana2 negara, 25sen).

Yup, dah nampak dua benda yg pelik tu? Either to receive or to send SMS, they will cost you. Kalau orang salah send, kira credit kita akan ditolak juga. Oh tidak, sebab tu antara isu bila duduk sini, ada few friends yg akan remind sy utk tidak hntr SMS ke nombor mereka. Hm..leceh betul..ada ke suruh hantar emel. Aduila, aku pny cellphone ni canggih la sgt. Haha. Lagi satu, kalau sesiapa yg guna plan ada jumlah minute, so tiap kali accept call/make call, minute kita akan ditolak. Entah apa2 je la..

Tak habis dkt situ, kalau kata credit kita dah expired utk bulan tu, so bukan kita je tak blh nk call/text..orang nak contact kita pun tak dapat. even nak hntr mesej pun takkan sampai punya la.

Dah dapat smartphone, sy pun beli la nombor dari company AT&T.. Berangan la nak moden sikit, jadi saya ambil plan $2/day utk unlimited text and call, plus dengan $25 utk 500MB. Rupanya 500MB ni sikit je pun..tup-tup 3 minggu dh habis. Dan dengan plan ni la, saya install MR Number, jadi kalau ada orang text pun, selamat la, dia tak tolak credit utk hari tu..sebab dia block automatic, tapi masih boleh baca text org bagi tu.

Leceh kan? haha.

Eventually, someone introduced me with T-Mobile plan. So far ni plan terbaik pernah saya guna.. Unlimited text and web plus 100minutes. Untuk 3-4 hari guna, memang gembira, sebab boleh text luar negara. Tetiba, tengahari ni dah tak boleh mesej luar. LOL. Sistem dia dah detect ke? Tapi ada additional feature, kita bayar $10 utk unlimited text ke luar negara. Saya tak ambil pun. Malas la. Lagi pun dah pakai smartphone, dan sy punya plan unlimited web. Saya guna Pinger textfree. Kita diberi nombor internet, yang orang boleh reply ke nombor tersebut. Dan kalau ada sesiapa call, dia akan bagi notification, ada missed call. Jadi boleh la kita return call org tu. Mmg free je, selagi kita boleh akses internet. Tapi kekurangannya adalah ada jenis nombor yang tak terima mesej kita walaupun majoritinya boleh. Entahlah, tak faham juga sebab apa.

Cukup lah cerita pasal simkad ni semua. Semoga plan yang ini jadi plan terakhir sepanjang berada di sini.

PS: Seronoknya bila bersolat selepas mandi air sejuk.

Monday, March 19, 2012

Salam Amerika

Duduk seorang tanpa rakan senegara bukan lah satu perkara yang menggembirakan. Sangkaan boleh berdikari pun tidak semudah yang dijangka. Semuanya dirasakan berbeza. Baik bangun tidur, sampai tidur semula, rutin hidup bertukar sepenuhnya.

Bergelumang dengan kerja sekolah adalah rutin penting sepanjang semester.. Ada masa memang nak rebus je nota2 tu.. senang sikit nak hadamnya. hehe. Sekarang ni Spring Break, aku sorang je la yang berjalan.. kawan2 dari universiti lain dah cuti seminggu atau 2 minggu yang lepas. Jadi ziarah2 pn waktu mereka dah masuk kuliah.

Memandangkan pelajar Malaysia untuk postgraduate dkt US ni tak berapa ramai, kami macam adik beradik walaupun baru jumpa.. bukan je dengan pelajar, dengan family yang sudah menetap dan bekerja di sini pun begitu. Hehe.. yang bestnya juga, masa ni la nk rasa lauk yang lain.. entahlah, aku memang malas gila nak masak kalau makan sensorang. Kalau roommate American tu ada dkt rumah, baru la beriya sikit, tu pun sebab feeling tu ala2 chef yg nak bagi org makan..LOL. Kalau harap makan sorang, paling rajin 2 kali makan yang proper.. secara purata cuma sekali seminggu makan berlauk pauk.

PS: kereta tengah repair, leaking tang mana pun tak sure, tapi power steering oil kene isi penuh lps 4 minggu..


Satu langkah bermula

Hi!

3sekawan3 dipilih untuk nama blog ini.. Kami pernah belajar sekelas utk satu peringkat pengajian di IPTA Malaysia.. cumanya masing2 merantau di tempat berbeza bagi pengajian selanjutnya.

Semoga blog ini dapat menjadi sebahagian cebisan diari hidup kami... :)